MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, May 27, 2012

BAHULU KUKUS PELANGI PUTIH TELUR



Dah nak dekat raya kan ... sure banyak lebih putih telur ... jangan dibuang .. selain dibuat pavlova, kuih org putih tu, kuih melayu pun boleh ... jom kita buat Bahulu Kukus Pelangi Putih Telur.  Yatie dah cuba, memang  gebu gitu.  Resipi ini Yatie dapat dari salah seorang penyumbang yang share di facebook. Jom-jom kita tengok apa bahan-bahannya.



BOLU KUKUS PELANGI PUTIH TELUR


Sumber : K1
Rujukan : Ibutio




Bahan A:
500 ml putih telur
300 gm gula pasir
1 sudu besar cake emulsifier (ovellete)
1/2 st garam


Bahan B:
100 ml susu cair
50 gm mentega cair
(satukan)


Bahan C:
1 st baking powder
250 gm tepung gandum
25 gm susu tepung
(ayakkan)

Bahan D:
1 st pasta strawberry
1 st pasta lemon
1 st pasta mocca
1 st pasta pandan

Cara Membuatnya:
1. Sapukan marjerin dan lapikkan kertas loyang bersaiz 9 inc
2. Pukul putih telur, gula ovellete dan garam sehingga kembang dan kental
3. Ayak tepung gandum, susu dan baking powder.
4. Campur susu cair dengan mentega cair
5. Masukkan campuran tepung gandum ke dalam bancuhan putih telur, kacau rata
6. Tuang campuran susu, kacau rata
7. Bagi adunan menjadi  3 @ 4 bahagian.
8. Campur masing - masing adunan dengan macam-macam perasa.
9. Tuang adunan lapisan pertama ke dalam loyang .
10. Kukus selama 7 minit
11. Lapiskan lapisan kedua.
12. Kukus selama 7 minit.
13. Lakukan sehingga lapisan terakhir dengan kaedah yang sama.
14. Untuk lapisan terakhir, tutup penutup pengukus dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit


3 comments:

Unknown said...

bahulu ni nampak lembut sangat.kak yatie ni kalau buat apa-apa nampak cantik je..

Unknown said...

sebenarnya saya minat betul dengan kak yatie ni.seronok tengok hubungan yang terjalin antara kak yatie dan jira-jiran.terasa macam nak pindah sana je.. he he..

Delicious Food said...

Lily Qadir : Jom .. pindah kat area rumah saya .. hehehe .... seronok duduk kat area sini .. mriah & jirannya tebaeek