MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, March 24, 2011

KEK LAPIS PRUN

Kek lapis prun ... sedap lemak-lemak manis si buah prun ... hehehheeh.

Ingin mencuba, disertakan resipinya yang Yatie dapat dari sebuah buku Kek Lapis Sarawak.

BAHAN-BAHAN
25 biji kuning telur
20gm gula halus 450gm mentega
5 sudu besar susu pekat
100gm tepung rendah protin (saya pakai tepung gandum aje)
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh campuran rempah
380gm prun - dipotong jalur besar pewarna kuning ( saya tak letak pun)

CARA MEMBUAT :
1. Dalam satu bekas, pukul mentega & susu pekat sehinnga berkrim
2. Dalam bekas yg lain, pukul kuning telur sehingga ringan & lembut
3. Masukkan tepung, serbuk penaik & campuran rempah yg telaj diayak terlebih dahulu kedalam adunan telur
4. campurkan adunan mentega & kacau sebati, campurkan pewarna kuning
5. Lapiskan ke dalam acuan kek dengan buah prun yg telah di potong & masak selapis selapis sehingga adunan habis
6. Masak dengan haba atas pada sudu 220C atau mengikut kesesuian oven masing-masing. Setelah semua lapisan habis dimasak akhir sekali masak kek dengan haba api atas dan bawah pada suhu 180C selama 15 minit untuk memastikan kek masak sepenuhnya.

Nini menempah kek lapis prun untuk dijadikan hantaran. Terimakasih atas hantaran.

No comments: