MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Saturday, July 21, 2012

KUIH BAKAR LEMAK MANIS





Jom .. jom .. buat kuih nie untuk buka puasa hari ini .. sedap you .. senang pulak tu ... Yatie dah cuba nie semalam .. memang sedap.  Maam biasa singgah dulu dapur Azlita Masam Manis jumpa resepi. Thank you Kak Ita for the sharing resipi.


KUIH BAKAR LEMAK MANIS
By:Kak Rose


Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula (kak rose kurangkan sikit gula sedang elok manisnya... to me la)
3 biji telur
3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
3 sudu besar susu manis
garam secukup rasa
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna kuning
bijan - utk tabur (opt)


Caranya senang aje : blend semua bahan-bahan kecuali bijan dan letak dalam loyang atau acuan untuk dibakar.


Yatie tak letak warna kuning instead Yatie letak pandan paste.  Sebab malas nak potong-potong kuih ini, Yatie bakarkan dia dalam acuan. Saja bakar lebih2 skit sebab suka makan yang garing2 tu .. heheh.

1 comment:

~~zana@pb~~ said...

Assalam...yatie guna acuan apa tu? Akk suka kuih ni tapi tension kalau mmbakarnya. Loyang besar susah nak agak masaknya..