MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, January 22, 2008

25 TIP HIAS KEK

Dipetik dari Majalah Rasa Bulan Ogos 2004. Dah lama simpan article nie ... baru sekrg dpr sharing.

Untuk rujukan kita bersama "25 Tip Hias Kek".

Mana lebih menarik, kek tanpa aising atau kek beraising? Menghias kek sememangnya penting jika kita ingin meraikan hari istimewa. Kata orang, biar cantik dipandang mata dan sesedap rasa. jika kek yang dihidangkan bertelanjang kosong, ia mungkin tidak menarik minat sesiapa yang memandangnya. Apapun citarasa anda, biarlah hidangan kek dapat memenuhi selera dan menepati tujuan asal majlis anda.

25 tip menghias kek yg patut diketahui:

1) Untuk menghias makanan seperti kek misalnya, apa yang harus difikirkan terlebih dahulu adakah majlis itu dikhususkan untuk orang dewasa ataupun kanak-kanak? Jadi,setelah memahami konsep, anda perlu sesuaikan hiasan kek mengikut konsep asal majlis yang akan diadakan.

2) Misalnya untuk majlis hari jadi kanak-kanak, buatlah kek kelihatan lucu, indah dan menggunakan warna-warna ceria.

3) Tambahkan hiasan kek dengan pelbagai hiasan coklat warna-warni. Lumrahnya, kanak-kanak sukakan coklat. Contohnya hiaskan dengan coklat cip dan marshmallows.

4) Siapkan hiasan bermacam-macam, berwarna-warni dan barangan permainan kecil.

5) Sesuaikan bentuk kek mengikut konsep yang diperlukan. Jika dianggarkan ramai tetamu yang datang, lebih senang anda memilih untuk membuat kek berbentuk empat segi panjang sahaja supaya senang dipotong dan dibahagikan.

6) Menghias aising atau krim pada kek sangat penting bagi menarik perhatian. Jangan dibiarkan kek anda kosong, hiaslah dengan dekorasi aising penuh corak dan warna-warni.

7) Memilih warna untuk aising kek itu juga sangat penting. Biar sama mengikut tema asal majlis anda. Misalnya kek perkahwinan, jika tema anda ungu dan putih, sama juga dengan pakaian pengantin berwarna ungu, eloklah anda serasikan kek anda berwarna senada. Jangan pula anda mengenakan kek berwarna kuning pula. Bukankah janggal kelihatannya semasa memotong kek perkahwinan?

8) Warna kek merah menyala, biru, atau kuning terang mungkin sesuai untuk kanak-kanak menyambut hari jadi.

9) Warna kek untuk orang dewasa pilihlah yang lembut seperti pink, hijau muda, putih atau coklat.

10) Jika anda ingin memulakan hiasan kek utk kanak-kanak, gunakanlah aising berwarna ceria & cuba menutup dgn hiasan lucu spt gambar kartun & sebagainya.

11) Letakkan hiasan manis yg anggun spt bunga utk kek org dewasa

12) Banyak pilihan kek utk kanak-kanak. Cubalah kelainan dlm membentuk kek spt barang permainan contohnya kek yg berbentuk jam bulat yg mempunyai mata & mulut tersenyum, kek keretapi yg mempunyai mata, kek kereta, kek badut & sebagainya.

13) Utk kek pilihan dewasa, sesuaikanlah dgn majlisnya. Kek lucu tidak sesuai dikenakan jika majlis berbentuk formal. Kek berbentuk hati @ cinta sangat sesuai utk anda menyambut hari kekasih, hari ulangtahun perkahwinan & sebagainya.

14) Utk hidangan org dewasa juga sangat sesuai menyediakan kek kecil spt muffin. Tetapi hiaskanlah muffin dgn sedikit bunga aising yg berwarna agar kelihatan lebih menarik.

15) Utk pilihan kanak-kanak, kek mufin juga boleh disediakan tetapi pastikan potongannya kecil & dipenuhi hiasan ceria spt coklat utk menarik minat mereka.

16) Ikatan reben pada sekeliling kek juga kelihatan lebih menarik & menyerlah.

17) Kek buah mungkin lebih disukai orang dewasa berbanding kanak-kanak. Buah-buahan campuran sangat sesuai dihiaskan di atasnya.

18) Hiasan aneka biskut di atas kek pula menarik minat kanak-kanak.

19) Penggunaan bendera dgn ucapan 'Selamat Hari Jadi' sangat sesuai ditegakkan sahaja di atas kek yg terlalu banyak hiasan.

20) Utk kek perkahwinan bertingkat, pastikan gubahan aising & corak hiasan sama bagi setiap tingkat kek & sesuaikan pada warna konsep asal majlis.

21) Kek bertingkat perlu diseimbang agar susunannya kemas & selamat utk mengelak dari risiko mudah terjatuh.

22) Penggunaan gelas bagi kek bertingkat juga memberi lebih keyakinan utk memastikan berat kek dpt diselia dgn baik.

23) Utk sambutan hari istimewa bagi dua org dewasa, sediakanlah kek bersaiz 1.4 kg sudah memadai.

24) Lenih istimewa lagi jika kek bersaiz kecil dibuat sendiri bercorakkan cinta agar sambutan majlis lebih bermakna lagi romantik.

25) Sekali-sekala biarkan anak-anak membuat sendiri dekorasi kek mengikut keinginan mereka.

2 comments:

aku punya blog said...

salam..berguna betul tips ni..emm ble tak saya copy dlm blog saya..nk mta izin nie..

Anonymous said...

salam..saya pn minta izin nk share tips ni...tq