MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, February 11, 2009

RAINBOW MARBLE PUDDING

Seperti yang dijanjikan, disini Yatie sertakan resipi Rainbow Marble Pudding.

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus serbuk agar-agar (13gm per paket)
675ml air
225gm gula pasir
65gm mentega
4 biji telur
1/2 tin susu cair
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna (merah/kuning)

CARA-CARA:
1. Masak agar-agar, air & gula hingga mendidih.
2. Sambil tu, pukul telur dan masukkan susu & tepung kastad & kacau rata & adunan hendaklah ditapis
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur & agar2 & kacau hingga rata serta masak semula adunan sehingga mendidih.
4. Masukkan mentega & vanilla & kacau rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (seperti gambar di bawah). Satu adunan dicampurkan koko (yang dicampurkan sedikit air), dan 2 lagi adunan diwarnakan mengikut kegemaran masing-masing.

6. Adunan dimasukkan ke dalam loyang berselang seli sehingga habis dan disejukkan.


No comments: