MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, February 17, 2009

MAJLIS GOTONG ROYONG

Pada 1 Februari 20o9, majlis gotong royong telah diadakan di Blok 27B, Green Valley Park. Perasmian telah diadakan pada pukul 8 pagi dimana penduduk Blok 27B berkumpul di padang untuk mendengar taklimat gotong royong. Gotong-royong juga diadakan atas kesedaran untuk meningkatkan kebersihan sekitar semenjak ramainya penghuni diserang demam denggi. Setelah selesai, setiap penduduk pulang ke lorong masing-masing untuk pembersihan.

Seperti biasa, lorong kami, lorong 3/13 memang tidang lekang dengan makanan. Memang dah terkenal seluruh blok 27B tu, kalu lorong makan adalah lorong kami.... hehehe. Selepas acara perasmian, acara gotong-royong lorong 3/13 dimulakan dengan sarapan pagi. Terimakasih kepada Puan Aa (yang membawa mee hoon) dan Puan Zura (yang bersedekahkan nasi lemak).

Berkumpul sementara menanti nasi lemak yang sedikit kelewatan tibanya





Hmmm ... acara menjamu selera nasi lemak




Semangat betul Encik Puzi kita (selaku ketua lorong) membersihkan longkang sambil diperhatikan anak-anak.

Setelah penat membersihkan kawasan, acara disambung dengan makan tengahari. Seperti biasa, lauknya 'pot luck' dan nasinya bawa masing-masing seperti mana yang biasa makan dirumah. Senangkan... cara ini juga untuk mengelakkan pembaziran.






Lauk hidangan tengahari - Puan Roza dengan sop sayurnya yang simple tapi waktu makan ramai-ramai nie ... sedap... berebut habis. Puan Roza juga membawa telur masin yang dipotong bawang & cili api serta diperah asam limau. This is my favorite ... kena ngan nasi panas ... prgghhh








Puan Liza Puji pula dengan sambal ikan bilis petai, manakala Puan Liza Zali dengan ikan bilis cili api. Ini pun one of my favorite gak .. kena dengan cili api yang pedas tu ... orgghh ... hahaha ... banyak sungguh yang favoritenya.








Puan Om dengan masak tempoyak & Puan Norma dengan masak lemak pucuk paku.













Puan Siti dengan ikan siakap kukusnya serta Yatiecooking, apa lagi, sebagai pencuci mulut, bubur kacang



.









Yatiecooking juga ada menyediakan sambal bodoh orang panggil kerana tidak menggunakan belacan & juga sambal tempoyak .... meleleh air liur.










Puan Jun dengan telur masak kicap serta Puan Norma dengan ayam masak kari.



Puan Linda pula dengan kerang masak kari. Bende tu pula adalah hasil titik peluhnya menanam sendiri dibelakang rumah. Satu lorong dah rasa hasil tanaman Puan Linda nie ... terimakasih daun keladi, kalau ada lagi hulurkan kat kami.



Yatiecooking memohon maaf jika tidak dapat mnyiarkan hampir kesemua masakan Puan-puan sekelian seperti Puan Azi dengan sambal ikan (dah ambik tapi gambar tak clear) & telur dadar (lupa nak snap). Puan Milah dengan ayam gorengnya (Milah hantar lambat jadi tak sempat nak snap sebab jurugambar ngah makan masa tu ... hehehe) dan ramai lagi yang mungkin tertinggal. Anyway, terimakasih kepada semua atas kerjasama.
Makanan dah siap, sibuk bentang tikar .. kita makan bersila... baru best.



Doa selamat sebelum acara makan tengahari.









Tiba masa untuk makan ....











Hmmm ... sehingga menjilat jari










Puan Na (gambar kiri) sibuk makan, tak sempat nak menoleh ... hehehe.
En Zam (gambar kanan) dengan menunya sendiri, sup belut, sebab baru operate accident jadi kena pantang makan beb.



Cari jangan tak cari, tambah jangan tak tambah ....

1 comment:

syalinabakery said...

syoknya jiran sepakat membawa berkat.sama mcm kat tmpt saya.