MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Monday, December 31, 2012

TEMPAHAN KEK HARIJADI

Tempahan kek harijadi dari pelangganku di Bandar Tasik Puteri. 


TEMPAHAN KEK ANGRY BIRD

 Tempahan kek angry bird dari jiranku.



Saturday, December 29, 2012

Friday, December 28, 2012

BISKUT DAISY PETALS

Biskut Daisy Petals ... sedia menerima tempahan sepanjang masa ... tidak perlu tunggu raya ya. RM15/50pcs.

Thursday, December 27, 2012

Wednesday, December 26, 2012

TEMPAHAN KEK


Tempahan dari pelanggan yang datang ambil sendiri dirumah.


IKAN BAKAR LEMAK PANDAN


Sudah lama Yatiecooking mencuba resepi ini tetapi cuma lama pulak nak upload resepi dan gambar di blog. Ini semua angkara masalah teknika yang Yatie sendiri kurang pasti macam mana nak selesaikan.  Tekan sana tekan sini akhirnya dah berjaya juga.

Yatie buat masakan ini masa kawan-kawan Yatie datang ke rumah.  Biasanya bakar-bakar kosong aje ikan ini. Tapi sedap bila mencuba resepi dari blog Kak Azlita Masam Manis ni.  Sungguh lemak rasa ikannya.  Tidak rugi juga peminat-peminat resepi mencuba resepi ini.

Resepi sumbangan : Kak Azlita Masam Manis
(http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/01/ikan-bakar-lemak-pandan.html)



IKAN BAKAR LEMAK PANDAN

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan ~ di siang dan di cuci bersih
2 helai daun pandan

Ikan yang telah di bersihkan tadi dililit dengan daun pandan dan sematkan daun pandan dengan lidi
Ketepikan

125 ml pati santan
3 ulas bawang putih ~ dikisar
8 ulas bawang merah ~ dikisar
Garam secukup rasa

Panaskan oven terlebih dahulu
Satukan bahan yang dikisar dengan santan dan garam secukup rasa
Lapiskan loyang pembakar dengan daun pisang
Susun ikan atas daun pisang
Tuangkan kuah santan atas ikan dan ratakan di kedua-dua belah
Bakar ikan dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit selama 30 minit atau sehingga ikan masak kuning keemasan
Hidangkan ikan dengan air asam

*** Sebab Yatie masih mempunyai lebihan kuah santan, Yatie masak kuahnya sehingga pekat & sewaktu hendak menghidang, Yatie tuangkan lebihan kuah ke atas ikan.

Terima kasih diucapkan kepada Kak Azlita Masam Manis yang tidak putus-putus menghasilkan resepi yang sungguh menarik dan sudi berkongsi bersama.

SELAMAT MENCUBA ya ....

Tuesday, December 25, 2012

DOORGIFT - MINI MUFFIN


Tempahan doorgift - mini muffin RM0.25/biji.  Pelanggan meminta 2 biji dalam satu beg = RM0.50/beg dgn tambahan RM13/100 utk kos plastik & penyelenggaraan.


Mini muffin strawberry & pandan. Lain-lain perisa yang boleh didapati adalah vanilla, vanilla choc rice, cokelat, blueberry, oren & oren choc rice.

Monday, December 24, 2012

VELVET RAINBOW KEK


Tempahan Velvet Rainbow cake dengan cream cheese topping utkmpelangganku di Wangsa Maju.
 Kek ini tidak dijual secara kilo.
Harganya RM85/adunan dengan 6 lapisan warna - merah, biru, ungu, kuning, oren & warna asal adunan.

Saturday, December 22, 2012

Friday, December 21, 2012

PRINCESS KEK

 Tempahan dari customer yg bekerja di PNB Darby Park, Jalan Tun Razak.


Thursday, December 20, 2012

CHOCOLATE HAZELNUT TORTE

Keknya adalah chocolate Hazelnut Torte.  Request from customer nak topping full of strawberry. 

Wednesday, December 19, 2012

RED VELVET FOR BIRTHDAY BABIES

Tempahan dari office mate untuk Q4 birthday babies 

KOLEKSI TEMPAHAN HARI RAYA 2012

Ha! Apa nie ... Hari Raya ke .. hari raya habis dah ... nak masuk tahun baru pun.  hehehehheheh ... ini koleksi tempahan kek hari raya 2012.  Last time tak boleh nak upload sebab ada masalah teknikal,  alhamdulillah dapat juga menyimpan gambar-gambar ini.  Kita layan aje gambar ye.