MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, December 7, 2012

COKELAT HAZELNUT TORTE

Cokelat Hazelnut Torte di dapur Yatiecooking.  Yatie suka sangat kek dan rasa hazelnutnya ... muahhh ...

Nak cuba buat kek ni.  Resepi didapati dari buku Delicious Cakes.  

Resepinya seperti dibawah:

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji kek cokelat chiffon
1 adunan cokelat ganache
1 adunan filling cokelat hazelnut (seperti dilampiran)

untuk filling cokelat hazelnut:

2 biji kunung telur
65ml air panas
250gm dark bitter cokelat (quality yg bagus)
250gm hazelnut paste
750 UHT whipping cream (whipped)
200g kacang hazel nut - dipanggang & dipotong-potong

Cara membuat filling cokelat hazelnut:
- Putar sedikit kuning telur (memadai dgn pukulan tangan)
- Masukkan air panas

- dalam bekas yg berlainan, cairkan dark bitter cokelat secara double boiler
- campurkan hazelnut paste
- masukkan adunan telur & kacau sehingga pekat
- biarkan sejuk

- pukul whipping cream sehingga kental & masukkan adunan hazelnut


Cara membuat kek cokelat hazelnut torte:

1. Bahagikan kek chiffon kepada 2 bahagian atau 3 bahagian.
2. ratakan filling cokelat hazelnut & taburkan kacang hazelnut diatas kek
3. Letak kek lapisan ke-2 dan lakuan perkara yg sama seperti di no 2
4. Kalau kita buat cukup filling cokelat hazelnut boleh lah diratakan pada sekeliling kek
4. Sejukkan sebelum dilapik dengan cokelat ganache
5. Selepas sejuk, tuangkan cokelat ganache & hias le mengikut kretiviti masing-masing

Selamat mencuba ya ...


No comments: