MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Showing posts with label Pastry/Puff. Show all posts
Showing posts with label Pastry/Puff. Show all posts

Friday, January 4, 2013

TEMPAHAN CREAM PUFF

Tempahan cream puff - initi kastad/krim/kastad jagung
Mini size RM0.50/pc
Size besar RM1/pc 

Wednesday, November 7, 2012

MINI PUFF & MARBLE KEK

 Terimakasih kepada office mate, Puan Ogy atas tempahan marble kek & mini sardin puff.

Saturday, September 15, 2012

TEMPAHAN-TEMPAHAN


 
Fruit Tarts

Red Velvet Cupcakes
 
Apam Polka Dot

Cream Puff

Mini Pavlova
 
Terima Kasih kepada Zaireen dari Wangsa Maju atas tempahan.

Saturday, June 18, 2011

KEK ALUNAN KASIH & CREAM PUFF JAGUNG

Tempahan dari Puan Rose ... selalunya jumpa kat secret places ... hehehehheeh. Thank you for your order.
Nie adalah rupa cream puff sebelum dimasak.





Thursday, June 9, 2011

CREAM PUFF JAGUNG

Cream Puff Jagung yang dicuba ... mmm ... lazat. Resipi dikongsi dari Zaliana Myresipi. Terimakasih kerana sudi berkongsi resipi buat tatapan semua. Kepada sesiapa yang nak cuba oklah boleh cuba ... senang juga nak buatnya.

CREAM PUFF JAGUNG

dipetik dari Zaliana @ Myresipi


BAHAN-BAHAN:

125gm tepung naik sendiri

100gm butter

250ml air

1/2 (setengah) sudu teh gula

3 biji telur


CARA MEMBUATNYA :


1. Panaskan air, gula & butter sampai mendidih.

2. Masukkan tepung dan kacau hingga adunan tidak melekat. Disini pada mulanya saya akan keciilkan api dan kemudian saya padamkan sambil terus kacau sehingga semua tepung sebati. Sejukkan seketika.

3. Dalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang. Setelah kembang, masukkan adunan tepung tadi dan kacau sebati.

4. Boleh le di paipkan.

5. Sebelum membakar, spray sedikit air (tujuan utk bagi puff tu menaik/kembang).

6. Bakar pada suhu 200C pada 15 minit yg pertama dan seterusnya suhu ditukar kepada 180C untuk 25 minit. Kalau kita buat puff dalam saiz yang lebih kecil, kena pandai-pandai mengubah suaikan suhu ye .... jangan ikut seratus peratus di sini. Ada yang hangus pulak nanti.

Tapi ada juga resipi yang mengatakan bakar selama 30 minit dengan suhu 180C. Kedua-dua cara dah cuba tapi oven saya bersesuaian dengan cara yang pertama.


Juga tips untuk bagi puff rangup, setelah tamat tempoh memasak, biarkan dulu didalam oven seketika sebelum diangkat. Katanya dapat mengekalkan kerangupan (yang ini I belum try lagi).


Untuk intinya pulak, nak letak kastad biasa itu aje pun boleh. Tapi di sini Yatie try kastad berjagung. Sedap gak ... ada krup... krup gitu.


BAHAN UNTUK INTI:


1/2 cawan susu cair

1 cawan air

1 cawan jagung dalam tin (kalu tak suka jagung tak yah bubuh)

1/2 cawan tepung kastad

5 sudu besar gula (kalau pemanis orangnya, boleh le ditambah)


CARA UNTUK MEMBUAT INTI:


1. Tepung kastad & air dikacau terlebih dahulu.

2. Masukkan tepung kastad, susu cair & gula kedalam periuk

3. Masak sehingga naik wap atau mengikut kepekatang yang bersesuaian dengan tekak kita.


SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!!!!!

Friday, November 5, 2010

SARDIN PUFF

Hmmm ... there's an easy way for us to make sardin puff for our children. Yang betulnya cara orang malas macam saya ... heheheh. Senang dan cepat.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Ready made pastry puff (boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek)
Inti sardin yang telah siap ( mengikut kesukaan masing2)

Cara-cara untuk membuatnya:
Pastry puff diterap mengikut acuan.
Saya memilih acuan seperti dibawah.
Isi inti sardin dan di bakar.

Senang & ringkas untuk anak-anak. Anda juga boleh mengubah suai inti dengan chicken black pepper, chicken curry atau kentang curry. Selamat mencuba.

Sunday, October 31, 2010

TEMPAHAN NINIE


Kek tempahan dari Ninie.

Pakej tempahan dari Ninie untuk tempahan harijadi anaknya.

Puding Marble


Sardin Puff

Wednesday, September 1, 2010

TEMPAHAN TARTS, PASTRY & MUFFIN

Chicken black pepper
Cheese Tarts
Mini Pizza
Fruit Tarts

Puan Anis menempah Fruit Tarts, Cheese Tarts, Mini Pizza, Chicken Black Pepper Pastry.

Fruit Tarts ditempah oleh pelanggan berjumpa di Jaya Jusco Wangsa Maju.

Kek cokelat ditempah oleh Linda. Kek 'emergency' orang panggil ... hehehe

Mini muffin berperisa blueberri, pandan, chocolate rice ini pula ditempah oleh Shima dari Bandar Tasik Puteri.
Terimakasih buat semua atas tempahan.

Tuesday, April 13, 2010

PAF JEJARI BADAM

Hmmm ... kali ini tak ada posting kek, beralih arah kepada mencuba resipi. Kali ini Yatiecooking membuat Paf Jejari Badam.

Nak buatnya senang sebab bahan-bahannya semua dah sedia ada, cuma nak tengok penyakit 'M' ada ke tidak.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1) Pastry Puff (ready made available di pasaraya & kedai menjual bahan kek)




2) kuning telur


3) Gula Pasir Halus & Badam/Kismis

Cara nak membuatnya:

- Pastry Puff dinyah bekukan. Setelah lembut, gunting pastry puff mengikut size yg dikehendaki. Kalau pastry puff yang Yatie gunakan seperti dalam gambar, Yatie mendapat 3 bahagian. Ambil 1 bahagian dan gunting lagi ditengahnya tapi tidak putus.
- Sapukan kuning telur ke atas pastry puff, taburkan gula kastor & badam (kismis kalu suka) dan anyamkan pastry puff tersebut seperti gambar di bawah
- dah siap untuk dibakar. Buat le sampai banyak mana kita nak. Mudahkan ... heheheh
- Bakar mengikut kesesuaian puff & oven masing-masing. Recommended 180C selama 20-25 minit atau masak atau kekuningan.
Puff Jejari Badam yang telah siap dibakar. Selamat mencuba & menjamu selera.


Monday, November 2, 2009

KAYA PUFF

Kaya Puff ni yatie buat untuk hubby bawa ke majlis makan di pejabatnya. Ini adalah cara paling mudah dan senang yang Yatie boleh berkongsi bersama. Senang you nak buat bekal untuk anak-anak.
Puff ni yatie beli dah ready made. Cuma bubuh inti mengikut kesukaan kita - kaya, kacang merah, inti karipap dan apa saja yang kita boleh pelbagaikan dan di bakar.

Sungguh mudah untuk bekal anak-anak.

Sunday, July 12, 2009

TARTS & PASTRY

Mieza dan kawan-kawan juga menempah blueberry cheese & fruit tarts.
Buah-buahan yang digunakan untuk fruit tarts - peach, kiwi & strawberry.


Tak lupa juga chicken black pepper pastry.