
Roti Canai ini mudah sahaja. Tak payah le nak pi menebar ke apa ke. Yatie cuma beli Roti Prata Kawanku. Roti Prata ni di makan bersama Kuah Dhal. Gambar Kuah Dhal tak sempat nak ambil.
RESIPI KUAH DHAL (SUMBANGAN S_SHAMEN DARI MY RESIPI.COM)
Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
2 biji kentang dibelah
sedikit serbuk kunyit
**1 inci halia diracik
**2 biji bawang putih diracik
**3-4 biji bawang kecil dimayang
**sedikit daun kari
**sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
**1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
minyak untuk menumis
garam & gula sesedap rasa
Cara-cara
Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!
Mee Hoon Goreng singapore pula sesuai untuk anak-anak dan bagi mereka yang tidak suka pedas. Bagi yang suka pedas, mee hoon goreng singapore ni dipadankan dengan sambal kicap.
Resipi Mee Hoon Goreng Singapore dapat dari nenek dan diubahsuai mengikut citarasa sendiri.
RESIPI MEE HOON GORENG SINGAPORE
Bahan - bahan:
Bawang Merah **
Bawang Putih **
Udang Kering **
Sos Tiram
Fish Ball & Fish Cake
Sayur Sawi & Carrot
Mee Hoon (dilembutkan terlebih dahulu)
CARA-CARA:
Sukatan tu Yatie agak-agak aje. Bahan-bahan ** diblender. Goreng dengan minyak panas sehingga naik bau. Masukkan sedikit sos tiram diikuti dengan fish ball, fish cake & carrot. Akhir sekali masukkan sayur sawi, mee hoon & garam secukupnya. Gaul hingga sebati & masak sebelum diangkat.
No comments:
Post a Comment