MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, June 25, 2009

KEK LAPIS BLUEBERI PUTIH TELUR

Hmmm ... dah tiba musim bulan puasa .... dah tiba nak berhari raya. Mesti suri rumah sibuk dengan juadah-juadah berhari raya diantaranya adalah biskut raya. Kebanyakan biskut raya ada diantara resipinya yang menggunakan kuning telur. Jadi apa jadi pada putih telur? Mesti banyak yang berlebih. Ini adalah salah satu resipi yang menggunakan putih telur agar putih telur kita tidak terbuang begitu sahaja. Cubalah ... ia mudah & senang.
Resipi Kek Lapis Blueberry Putih Telur saya ambil dari buku Kek Lapis Sarawak terbitan One Publisher.
BAHAN-BAHAN:
450g putih telur
180g gula halus
350g mentega
100g susu pekat
180g pai inti blueberri
180g tepung
CARA-CARA:
1. Putih telur dan gula pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang & ringan
2. Dalam mangkuk berasingan, gaul mentega & susu pekat sehingga ringan & penuh berkrim barulah dimasukkan tepung
3. Kemudian campurkan adunan no. 1 ke dalam adunan no. 2 dan digaul sebati
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian - satu bahagian dibiarkan dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan inti blueberry
5. Kukus adunan selapis demi selapis. Yatie mulakan dengan yang adunan asli. Masukkan dalam 5 atau 6 sudu ke dalam loyang (bergantung kepada saiz loyang & ketebalan lapisan yang kita hendak) & kukus sehingga masak. Selepas itu dilapiskan dengan adunan blueberry, dikukus semula dan dibuat berselang seli sehingga semua adunan habis dimasak.

No comments: