MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, February 29, 2008

ROTI SOSEJ

To Mahani, selamat mencuba resipi Roti Sosej - sumber Kak Hanieliza dari RNet.

Sosej secukupnya - direbus & ditoskan

Bahan Roti:
1kg tepung gandum
2 paket yeast mauripan
200gm gula halus/kastor
4 sudu besar susu tepung
secubit garam
500ml air suam
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar shortening
3 sudu besar butter

Cara membuat roti:
1. Masukkan semua adunan dan uli rata selama 30 minit
2. Tutup dgn kain bersih & lembab
3. Biar dlm suhu bilik sehingga adunan naik 2x ganda (anggaran 30 - 45 minit)
4. Bila adunan naik, tumbuk adunan supaya angin keluar
5. Ambil adunan sedikit & digelek untuk dililitkan dikeliling sosej. Kalau Yatie buat, Yatie potong sosej tu kpd 3, jadi dpt comel-comel aje.
6. Sapukan dgn bahan glaze & taburkan sedikit bijan
7. Biarkan adunan naik semula (15 - 20 minit)
8. bakar dlm suhu 200C sehingga keemasan mengikut kesesuain oven masing-masing
Bahan Glaze:
3 biji kuning telur + 3 sudu besar susu segar dikacau rata
SELAMAT MENCUBA MAHANI

KEK CHOCOLATE MARBLE CHEESE

Thank you to Munir yang menempah kek chocolate marble cheese nie.
Harga Chocolate Marble Cheese Cake nie RM40. Berat lebih kurang 1.1kg.
To order call yatie at 012-3243373 or email at norhayati4@yahoo.com

KEK SPONGEBOB !!!!

Kek Spongebob untuk anak-anak yang menyambut hari jadi !!!! Pasti teruja.
Di dalam kek cokelat dan ising menggunakan butter cream.

Kepada Salina yang meminta resipi buttercream, selamat mencuba. Ada macam-macam jenis resipi buttercream, ising & fondant yang digunakan. Cuma bergantung kepada individu nak try & berkenan yang mana satu.
Butter Cream Kak Zie
Bahan A:
250gm mentega
300gm krimwell
Bahan B:
200gm sugar syrup
Cara:
1. Pukul butter dgn kelajuan tinggi sehingga gebu & ringan
2. Masukkan krinwell & pukul hingga naik
3. Masukkan gula syrup sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga rata & habis
(Sugar syrup : 200gm gula + 100ml air dimasak selama 20 min)
Butter Cream Tan See Foong (dipinda oleh Anis Adlina)
Bahan:
500g krimwell
250g mentega
1/2 tin susu pekat
1/2 cwn gula aising
Cara:
1. Pukul krimwell + mentega pada kelajuan tinggi hingga kembang & ringan
2. Masukkan susu pekat & gula aising, pukul pada kelajuan rendah hingga sebati
Ada berbagai & bermacam- macam resipi buttercream. akan yatie cuba usahakan untuk membuat compilation sebaik mungkin.

KEK COKELAT

Last Sunday, 24th Feb, AJK Rukun Tetangga Blok 27B mengadakan sessi berdialog bersama penduduk terutamanya penduduk di lorong 13. Ini adalah disebabkan setiap lorong di blok 27B disarankan memilih hari untuk bertemu AJK Rukun Tetangga bagi berbincang permasaalahan yang berbangkit. Jadi, lorong saya, lorong 13telah memilih sebagai hari tersebut.
YatieCooking pula telah mengambil kesempatan untuk menyumbangkan sebiji kek. keknya adalah kek cokelat + choc fudge.

Thursday, February 28, 2008

KEK ASAM MANIS "HAW FLAKES" (KUKUS)

Thank you to Dedek yg menempah kek asam manis ni. Macam-macam orang panggil kek asam manis le ... kek asam haw flakes pun ada. Yang penting I'm happy to know that Dedek like the cake.

Untuk yang lain, kalau ingin menempah kek ini,harganya RM30/sebiji. Call Yatie di 012-3243373 atau e-mail di norhayati4@yahoo.com.

Sekurang-kurangnya notis seminggu diperlukan.

FRUIT TARTS

Thank you to Zura for ordering fruit tarts untuk cikgu di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri.


Thank you also to Aini yang membuat promotion fruit tarts di KTA Tenaga.

Wednesday, February 27, 2008

CHOCOLATE CUPCAKES - HIASAN MANIK-MANIK

Tempahan chocolate cupcakes juga dari Aini & rakan sekerja di KTA Tenaga.
Thank you for your order.
Kali ini topping adalah berdasarkan hiasan manik-manik.

Manik berbentuk 'love' + badam kiub
Badam kiub + chocolate rice
Chocolate Rice + tompokan silver ball
Manik berwarna-warni
Full of colors


CHOCOLATE CUPCAKES - HIASAN BUNGA

Tempahan chocolate cupcakes dari Aini & kawannya dari KTA Tenaga yg sukakan chocolate. Thank you for your order.
Bunga Ros Pink
Bunga Ros Kuning
Sekuntum Bunga Ros Kuning
Bunga Ros Purple

Bunga Ros Merah
Untuk tempahan, selewat-lewatnya 3 hari notis diperlukan.
Sila hubungi Yatie di 012-3243373 @ email norhayati4@yahoo.com
Harga cupcakes size 'L'- RM2.00/sebiji bersama dgn topping.

Tuesday, February 26, 2008

BINGKA JAGUNG


Yatie buat bingka jagung ni untuk disedekahkan dekat jiran yang buat kenduri ulangtahun perkahwinannya.
Resipi Bingka Jagung yatie lampirkan.
BINGKA JAGUNG - sumber dari koleksi resipi kak liza
Bahan-bahan:
500gm santan + 1 sudu kecil garam
3 biji telur
200gm tepung gandum
100gm gula
50gm butter/marjerin
2 sudu besar tepung kastad
1/2 tin jagung creamy (yatie bubuh 1 tin trus)
bijan goreng (jika suka)
Cara-cara:
1. Semua bahan digaul & kacau rata
2. Masak sebentar atas api - yatie masak sampai pekat sedikit
3. Masukkan dlm loyang & dibakar sehingga masak

KEK GULA HANGUS & KUIH TAKO

Kuih Tako
Kek Gula Hangus

Thank you to Jun & Ina of Bandar Tasik Puteri for ordering kek gula hangus & kuih tako respectively.

Monday, February 25, 2008

KEK COKELAT


To kak Mas yg meminta resipi kek cokelat utk ibunya. yatie selalunya menggunakan 2 resipi nie for all my chocolate cakes. SELAMAT MENCUBA!!!!

CHOCOLATE MOIST CAKE - SUMBER MESRA.NET

Bahan-bahan:
250gm mentega
1 3/4 cwn gula castor
5 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
3/4 cwn koko - ayak
2 cwn tepung naik sendiri - ayak
1/2 sudu kecil soda bikarbonat - ayak
1 cwn susu coklat sejuk

Cara-cara:
1. Mentega + gula castor dipukul sehingga kembang
2. Masukkan telur one by one & follows by esen vanilla
3. Masukkan bahan-bahan yg telah diayak berselang seli dgn susu
4. Putar hingga sebati
5. Bakar mengikut kesesuaian oven masing-masing


CHOCOLATE MOIST CAKE - SUMBER MISLIHA DR RNET

Bahan- bahan:
(1)
250gm butter
300gm gula castor
1 sudu teh ovalette
6 biji telur

(2) semua bahan di ayak
250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat

(3)
1 cwn koko powder
1 1/4 cwn air
60gm gula castor

Cara-cara:
1. Butter + gula + ovalette dipukul hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu
3. Masukkan (2) berselang seli dgn (3)
4. Dibakar 170C selama 1/2 jam & 150C sehingga masak

PAKEJ COFFEE/TEA BREAK - III

Thank you Prem. This is a set for her office meeting.
Prawn Spring Roll & Fruit Tarts.


Hmmmm ... can't resist!

To farahbaini yg request resipi for fruit tart:
Untuk dough dia:
250g butter
125g icing sugar
1 biji telur
440g plain flour
1. Pukul butter with icing smpai kembang
2. Masukkan telur & pukul sampai sebati
3. Masuk tepung & uli sehingga menjadi dough
4. Tekan dlm acuan utk mendapat size yg diingini
5. Bakar 20 - 25 minit.
Selalunya bila yatie buat adunan untuk size kecil, boleh dpt dlm 110 biji.
Utk inti kastad:
1 tin susu cair
2 tin air
1 cwn gula
1 cwn tepung kastad
2 egg yolk
1tsp esen vanilla
Campur semua & msk atas api perlahan sehingga pekat.
SELAMAT MENCUBA !!!!
To order fruit tarts, pls call yatie at 012-3243373

Sunday, February 24, 2008

PULUT KUNING

Hmmmm ... pulut kuning, permintaan jiran utk ulang tahun perkahwinannya. So, inilah hasilnya.
Tingkat Bawah

Tingkat 2

Tingkat 3

Biasalah, anak bujang nie banyak membantu.

Saturday, February 23, 2008

SENAMROBIK & POCO POCO BLOK 27B

YatieCooking has been very busy with cooking & activities for the month of Feb. Non-stop! Last week YatieCooking is with the community, projek gotong royong & this week, masa utk menyihatkan badan.
Blok 27B, Green Valley Park menganjurkan senamrobik & poco-poco. Ianya akan menjadi aktiviti mingguan. Yelah kan ... asyik mkn aje kena lah kite menjaga badan dgn bersenam.

Anyway, for those yg tak tahu Green Valley Park, is Bandar Tasik Puteri ring a bell? Ha! Yo lah tu......

Hmmmm.... sebelum exercise kenalah mendaftar dulu.
Chewah ..... action!!!!!

Eh!Eh! Cik abang nie ..... org lain semuanya dalam satu gerakan ... tapi cik abg nie lain plak nampak gerakannya.

Friday, February 22, 2008

PACKAGE TEA/COFFEE BREAK - II

PAKEJ YG SESUAI UNTUK TEA/COFFE BREAK
Thank you Prem for the order.

PILIHAN QUICHE ADALAH DAGING/AYAM. QUICHE SIZE "L" RM1.00/PIECE

FOR MINI QUICHE RM0.50/PIECE

A VERY CLOSE LOOK ON THIS DELICIOUS MINI QUICHE


KEK PELANGI - RM13/SEBIJI

Thursday, February 21, 2008

Wednesday, February 20, 2008

PACKAGE FOR TEA/COFFEE BREAK - I

Package tea break ordered by Prem for her office.
Introducing the"Vanilla Muffin". Size M cup. Price at RM0.50/piece

Strawberry filling

Introducing "Strawberry Cheese Tart". Price at RM0.90/piece