MESSAGE FROM YATIECOOKING

Yatiecooking ingin mengucapkan terimakasih atas segala sokongan yang telah diberi. Kerana Yatiecooking menjalankan perniagaan ini secara part-time, harap dapat SMS atau email di norhayati4@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan. Sekian terimakasih.

Thursday, December 3, 2009

DOORGIFT MAJLIS PERKAHWINAN - CUPCAKE

Ini projek musim cuti sekolah.
Cupcake yang dijadikan sebagai door gift di majlis perkahwinan ditempah oleh Kak Kasmah dari Green Valley Park.

500 biji cupcake yang bertemakan warna maroon.

Harga dari RM2.50 keatas bergantung kepada topping dan juga quantity.




Tuesday, December 1, 2009

CUPCAKE HANTARAN

Hmmm ... where have yatie cooking been lately... sibuk dengan tempahan-tempahan plus kerja dan kerja.....
Tempahan cupcake nie ditempah oleh Kak Om di Green Valley Park untuk majlis cukur jambul saudaranya.

Terimakasih Kak Om for your royal support.



Tuesday, November 24, 2009

CUPCAKE HANTARAN

Kotak bersaiz 10 x 10 dihias dgn warna biru turquoise tempahan dari Nurul bersama dengan cupcake hantaran.
Cupcake hantaran bertemakan pink

Cupcake hantaran - 16 pcs RM48
Cupcake pink yg telah siap dimasukkan ke dalam kotak hantaran.
Cupcake dan kotak hantaran harga DARI RM75

DOORGIFT - CUPCAKE

Doorgift 184pcs ini juga tempahan dari Nurul untuk dijadikan sebagai buah tangan.
Temanya biru & pink.


Sunday, November 22, 2009

DOORGIFT - MINI MUFFIN

Mini muffin dijadikan sebagai buah tangan (door gift) juga untuk kenduri perkahwinan. Tiga perisa - Orange choc rice, cokelat choc chip dan pandan.
Ditempah oleh Noraizan sebanyak 1000 paket. RM0.60/paket mengandungi 3 biji mini muffin. Terimakasih atas tempahan.

Jiran-jiran yang Yatie panggil untuk membantu.
Anak saya pun tidak ketinggalan sibuk membungkus muffin kedalam bekasnya.


Friday, November 20, 2009

DOORGIFT - KEK AFRICAN MARBLE

Kek African Marble yang dipotong size empat segi sama dibungkus didalam plastik dijadikan sebagai buah tangan (doorgift).

Terimakasih Nyna atas tempahan sebanyak 500 bungkus untuk majlis kenduri kahwin pakciknya.


Di samping itu Nyna juga menempah brownies & kek ladam kuda. Kek ladam kuda tak sempat nak snap gambar ... heheheheh
Apa-apa pun Nyna terimakasih atas tempahan dan tahniah atas kelahiran anak yang pertama.

Wednesday, November 18, 2009

KEK COKELAT MOIST

Kek Cokelat Moist tempahan dari Cikgu Hanani dari Bandar Country Homes untuk makan-makan katanya menyambut musim cuti sekolah. Terimakasih.