MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Saturday, February 2, 2008

RENDANG SUMBAR


Cuti Hari Wilayah Jumaat lalu, yatie telah mencuba resipi Rendang Sumbar. Sumbar bermaksud Sumatera Barat. Ianya memberi kelainan dari rendang yg lain dimana ia memakai cili merah + cili api.

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging
4 biji kelapa - ambil santan
100gm kerisik
2 btg serai - dititik
4 helai daun salam
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
sedikit buah pelaga
sedikit kayu manis

BAHAN KISAR:
200gm cili merah
12 biji cili api
12 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
7 cm lengkuas
5 cm halia
2 sudu teh serbuk ketumbar
sedikit buah pala
Bahagi bahan kisar kepada 2 bahagian - 1 utk ditumis & 1 utk perapan daging

CARA MEMBUATNYA:
1. Toskan air daging. Setelah itu diperapkan dgn bahan kisar selama 30 minit.
2. Bahagian kisar yg lain ditumis bersama dgn kayu manis & buah pelaga
3. Selepas itu masukkan santan, daun salam, daun kunyit, daun limau purut & serai. Kacau hingga mendidih
4. Setelah santan mendidih, masukkan daging yg telah diperap. Kacau sehingga empuk.
5. Setelah daging empuk, perlahankan api & masukkan kerisik kelapa.
6. Kacau rendang sehingga kering mengikut kesukaan.

SELAMAT MENCUBA!

No comments: