Teruja dengan member-member RNET, Yatie pun mengambil kesempatan untuk mencuba Royang Icing Chef Razak nie ... memang terbukti senang dan berbaloi. Terima kasih kepada member RNET yang sudi berkongsi resipi ini.
Royal Icing - Sumber : Chef Razak
Bahan - bahan diperlukan untuk Royal Icing :
4 biji putih telur (160gm)
1 sudu makan cuka (15ml) (Dalam cubaan ini Yatie gantikan cuka dengan madu)
2 cubit Traganth Gum (dlm cubaan ini Yatie tak masuk pun)
1 kg gula aising (Yatie pakai lebih dari 1 kg, ini sebab derhaka tak pakai Traganth Gum dan pakai madu kot .....)
Cara-cara untuk membuatnya :
1. Pukul putih telur & cuka hingga kembang
2. Masukkan Traganth Gum dan pukul lagi

4. Pukul adunan sehingga pekat.

5. Proses mewarna bermula bergantung kepada warna yang dikehendaki. Dalam cubaan ini Yatie memilih warna oren
Yatie memilih untuk membuat bunga-bunga kecil. Dinasihati hendaklah bunga-bunga tersebut dialas dengan kertas minyak atau putih ye.. untuk memudahkan proses mengalihkan dan pengeringan.
Rasanya macam dah pandai ... hehehe .. Yatie terus membuat bunga ros bertemakan biru, kebetulan ada pelanggan membuat tempahan.
Lupa pulak nak beritahu bagi yang ingin mencuba, bunga ini mengeras ye. Sebab Yatie derhaka kerana mengubah suai penggunaan resipi, bunga ini mengeras dalam masa 4 jam. Ia akan betul-betul keras setelah dibiar semalaman.



Lupa pulak nak beritahu bagi yang ingin mencuba, bunga ini mengeras ye. Sebab Yatie derhaka kerana mengubah suai penggunaan resipi, bunga ini mengeras dalam masa 4 jam. Ia akan betul-betul keras setelah dibiar semalaman.

4 comments:
maaf kak yatie.. nk tanya akak buat bunga ros biru ni.. pakai nozzle saiz berapa ek... boleh tak akak tunjukkan step by step bergambar cam ner nk buat ros cam tu... sy try dah buat tapi tak jadi...
as-slm kak yatie..
bunga ros 2 guna nozzel ke?
delima dan khadijah...
bunga rose 2 gna nozel 104..msa wat 2 condongkan sedikit tgn 2 supaya kelopak bunga 2 kembang..
Assalamualaikun kak yati..saya nk tanya ni..icing yg akak buat ni btl2 keraskan?dia bkn cream kan?
Post a Comment