MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Saturday, January 12, 2013

BLUEBERRY TORTE

Nak buat Blueberyy Torte ... jom ...jom ... jom masuk dapur Yatiecooking.  Resepi dapat dari buku "Delicious Cakes". Buat kek ni untuk harijadi anak bujang.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Blueberry Torte seperti dibawah.

Kek Cokelat Sponge
250 biji telur
125gm gula kastor
110gm tepung kek
15gm serbuk koko
50ml UHT milk
15gm ovalette
65gm corn oil
1 sudu teh esen vanilla
65gm minyak jagung

Inti
400gm blueberry pie filling
300ml whipping cream (brand Rich Golds)
1 sudu teh gelatine (campur dgn 30ml air)

Untuk Hiasan
250gm whipping cream (diputarkan)
buah strawberry
  

Peraturan untuk membuat Blueberry Torte ini.

Kita mulakan dengan kok cokelat sponge. 

Masukkan semua bahan-bahan untuk membuat kek kecuali esen vanilla & minyak jagung. Putarkan dengan kelajuan tinggi sekurang-kurangnya 5 minit sehingga pekat & gebu.

Kemudian masukkan esen vanilla & minyak jagung dan dikacau sebati.  Masukkan ke dalam acuan dan dibakar 35 - 40 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing sehingga kek masak. 

Setelah kek masak, disejukkan dan dipotong dua.


Untuk intinya pula,  campurkan gelatine dan air serta direndamkan selama 5 minit. Setelah itu dimasak secara 'double-boiler' teknik sehingga adunan nampak cerah.

Untuk whip cream pula, diputar sehingga ringan dan gebu.

Ambil sedikit whip cream yang telah diputar & diratakan di atas kek yang telah dipotong 2.  Diatasnya pula diletak 180gm blueberry filling dan cantumkan kek itu semula.  Lebihan blueberry filling tadi dicampurkan dengan adunan gelatin & ketepikan.

Sapukan lebihna whip cream menutupi seluruh kek & inti blueberry yg telah dicampur gelatine ditengah2 kek seperti gambar diatas.  Hiaslah kek mengikut kreativiti anda. 






Dah siap pun Blueberry Torte ... SELAMAT MENCUBA !!!!

No comments: