MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, October 7, 2011

BISKUT TAT SEROJA/DOORGIFT


Tat Seroja dibungkus dalam bekas boleh dihiskan dengan riben & thank you tag untuk doorgift pada tetamu di majlis perkahwinan.

Tat Seroja yang telah diletak inti peanut butter. Untuk makluman tat ini memang sesuai untuk peanut butter sahaja.

Kelongsong tat seroja yang belum dibubuh inti.

Saya sertakan resipinya dibawah ini. Resipi ini saya dapat ketika mengikuti kelas seorang Chef..... dah tak ingat nama le ...

BAHAN-BAHAN UNTUK TAT SEROJA

125gm butter
40gm gula ising
20gm tepung jagung
1/2 (setengah) sudu besar tepung kastad
200gm tepung red rose
1/2 (setengah) esen vanilla
1/2 (setengah) biji kuning telur

CARA MEMBUATNYA:

1. Sebatikan buuter & gula aising
2. Masuk telur & esen vanilla, sebatikan
3. Akhir sekali masukkan semua jenis tepung & uli
4. Siap untuk diterap

BAHAN UNTUK DITERAP:

Kita perlukan acuan tat ini untuk membentuk bunga seroja. Tapi ingat kita perlukan bontot acuan ini.

BONTOT ACUAN TAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBENTUK TAT SEROJA

Adunan diasingkan sedikit untuk diberi warna hijau, dijadikan sebagai tompok daun.
Manakala adunan selebihnya diterap dibelakang acuan tat. Setelah habis, warnakan kuning telur & ditampal tompok daun. Dibakar dan diletak inti peanut butter sebagai penyudah kepada Tat Seroja ini.

No comments: