MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, November 24, 2009

CUPCAKE HANTARAN

Kotak bersaiz 10 x 10 dihias dgn warna biru turquoise tempahan dari Nurul bersama dengan cupcake hantaran.
Cupcake hantaran bertemakan pink

Cupcake hantaran - 16 pcs RM48
Cupcake pink yg telah siap dimasukkan ke dalam kotak hantaran.
Cupcake dan kotak hantaran harga DARI RM75

DOORGIFT - CUPCAKE

Doorgift 184pcs ini juga tempahan dari Nurul untuk dijadikan sebagai buah tangan.
Temanya biru & pink.


Sunday, November 22, 2009

DOORGIFT - MINI MUFFIN

Mini muffin dijadikan sebagai buah tangan (door gift) juga untuk kenduri perkahwinan. Tiga perisa - Orange choc rice, cokelat choc chip dan pandan.
Ditempah oleh Noraizan sebanyak 1000 paket. RM0.60/paket mengandungi 3 biji mini muffin. Terimakasih atas tempahan.

Jiran-jiran yang Yatie panggil untuk membantu.
Anak saya pun tidak ketinggalan sibuk membungkus muffin kedalam bekasnya.


Friday, November 20, 2009

DOORGIFT - KEK AFRICAN MARBLE

Kek African Marble yang dipotong size empat segi sama dibungkus didalam plastik dijadikan sebagai buah tangan (doorgift).

Terimakasih Nyna atas tempahan sebanyak 500 bungkus untuk majlis kenduri kahwin pakciknya.


Di samping itu Nyna juga menempah brownies & kek ladam kuda. Kek ladam kuda tak sempat nak snap gambar ... heheheheh
Apa-apa pun Nyna terimakasih atas tempahan dan tahniah atas kelahiran anak yang pertama.

Wednesday, November 18, 2009

KEK COKELAT MOIST

Kek Cokelat Moist tempahan dari Cikgu Hanani dari Bandar Country Homes untuk makan-makan katanya menyambut musim cuti sekolah. Terimakasih.

CHOC MARBLE CHEESE & CARROT WALNUT KEK

Tempahan ulangan dari Kak Lena dan kakak iparnya (kalu tak silap) dari blok 1B, Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kek yang ditempah adalah choc marble cheese dan carrot walnut kek bertoppingkan cheese.
Terimakasih atas tempahan.

KEK PELANGI

Terimakasih kepada Kak Kam & the geng dari Brunei Embassy kerana tak putus-putus membuat tempahan kek pelangi ini.

Tuesday, November 17, 2009

KEK HARIJADI & MACAM-MACAM LAGI

Kali ini tempahan dari pelanggan tetap Yatiecooking, Zaiton dari Kota Damansara. Beliau menempah 2 biji kek untuk sambutan harijadi anaknya. Satu kek cokelat moist untuk Ariesya dan satu lagi kek strawberry menggunakan edible image - BEN 10.


Untuk melengkapkan lagi sambutan majlis harijadi anaknya, Zaiton menempah chicken quiche (ala-malaysia).

Baked Makaroni Cheese (Chicken)

Mini Pizza

Fruit Tarts

Mini donat


Terima kasih Zaiton atas tempahan.

Sunday, November 15, 2009

PISANG PENYEK

Ha ... ha ... ha ... namanya pun pisang penyek. Ini resipi orang dulu-dulu. Emak selalu buat masa minum petang. Makan pisang ngan air kopi. Pghhhh ... sedap.

Cara nak buat pun senang bukannya susah. Cuma zaman dah berubah, orang tak buat lagi pisang penyek ni. Cuma sekali sekala jumpa di kedai atau cafetaria, dengar orang kata "apa tu" ... bila dah makan ... "eh sedap plak ye" ... hehhehe ... kelakar pulak.

Kebetulan dirumah ada pisang baru ambil di kebun emak. Pisang tu dibogelkan .. lucah plak perkataan .... dan terus digoreng dengan minyak yg sedikit sambil ditekan-tekan sehingga serasi spt di dlm gambar. Goreng dgn butter lagi lemak.

Dah masak hidangkan dengan ditabur gula. Makan masa panas dan jangan lupa buat air kopi ... pghhhh ... kena pulak hari hujan kat luar ..... siap ada effect tu.

Friday, November 13, 2009

CHILLED CHEESE KEK & MINI CHOC CUPPIES

HMMMM .... YUMMMY!!!! Look at the size ... so cute ... in just one bite you can taste it all. Sedapkan .... hehehehe ..... anyway, tengok sizenya yang cute tu .... sekali ngap .... dah hilang .. sekejap ada sekejap tak ada.

Thank you to my loyal customer, Zulfadzli. Dia order for her mum's birthday.

Ohhh ... Azizah .. gadis ayu ..... macam dalam lagu tu ....
Zul juga menempah chilled cheese kek untuk ibunya, Azizah. Pandai pilihan Zul, pilihan yang tepat sekali. Mini cuppies choc untuk kanak-kanak & chilled cheese kek untuk golongan dewasa. Puji berlebih untuk Zul nie bukannya apa, dah ada next order from him.... hhehehe. Thanks.


Wednesday, November 11, 2009

VANILLA MUFFIN

1000 pcs vanilla muffin yang ditempah oleh kawanku, Ogy.
Muffin nie bersaiz 9. Harga muffin bersaiz 9 ini RM0.80/pc.
Thank you Ogy. Layarilah gambar-gambar yang sempat diambil sebelum dan selepas dibungkus. Ia amat sesuai untuk dijadikan doorgift di kenduri-kendara.




Tuesday, November 10, 2009

KEK COKELAT MOIST

Kek Cokelat Moist yang ditempah oleh Sue dari Blok 27B, Green Valley Park, Rawang untuk harijadi anak kembarnya.
Terimakasih Sue atas sokongan.


FRUIT TARTS - HANTARAN


Fruit tart dijadikan hantaran ditempah oleh Ros. 12pcs fruit tart & hiasan harga DARI RM25.



Ros juga menempah muffin berpagai perisa & quiche.