MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, November 15, 2009

PISANG PENYEK

Ha ... ha ... ha ... namanya pun pisang penyek. Ini resipi orang dulu-dulu. Emak selalu buat masa minum petang. Makan pisang ngan air kopi. Pghhhh ... sedap.

Cara nak buat pun senang bukannya susah. Cuma zaman dah berubah, orang tak buat lagi pisang penyek ni. Cuma sekali sekala jumpa di kedai atau cafetaria, dengar orang kata "apa tu" ... bila dah makan ... "eh sedap plak ye" ... hehhehe ... kelakar pulak.

Kebetulan dirumah ada pisang baru ambil di kebun emak. Pisang tu dibogelkan .. lucah plak perkataan .... dan terus digoreng dengan minyak yg sedikit sambil ditekan-tekan sehingga serasi spt di dlm gambar. Goreng dgn butter lagi lemak.

Dah masak hidangkan dengan ditabur gula. Makan masa panas dan jangan lupa buat air kopi ... pghhhh ... kena pulak hari hujan kat luar ..... siap ada effect tu.

No comments: