MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, August 12, 2009

BLUEBERRY CHEESE TART

Sorry you all .. lama menghilang ... lambat posting. Sibuk sikit dengan tempahan sebelum puasa ni, semuanya untuk menyiapkan tempahan doorgift kenduri kahwin.

Anyway, here is my new posting with blueberry cheese tart resipi. Resipi nie le yang Yatie guna untuk tempahan-tempahan blueberry cheese tart & fruit tart. Nak raya nanti boleh le order sebagai penuci mulut. Kalau rajin, boleh cuba ye. Fruit tart resipi dah Yatie uploadkan dulu. bagi yang nak buat revision, boleh klik under koleksi resipi ye.

Resipi nie yatie dapat dari browsing Chetam's blog.

BLUEBERRY CHEESE TARTS

(Asas untuk tart pastry)
250 g butter
125g icing
1 "B" telur
440g tepung gandum

1. Pukul butter + icing sampai kembang
2. Masukkan telur, pukul sebati
3. Masukkan telur & uli
4. Masukkan dalam tart mould. Ikut suka le nak saiz besar atau kecil. saya lebih berminat kepada yang mini saiz. Tekan mengikut bentuk mould tart tersebut. Pastry tu biar nipis sebab bila bakar ia kembang (jadi tebal), tak sedap le ... kurang rangup.
5. Bakar 180C untuk 10-12 minit (3/4 masak), keluarkan dari mould.

FILLING
250g cream chese
60g gula kastor
20g butter
1 "B" telur

Blueberry filling

1. Pukul cream cheese, gula & butter smpai kembang. Masukkan telur & pukul rata.
2. Masukkan dlm piping bag.
3. Bubuh dldm /2 sudu kecil blueberry dalam tart shell yg kita buat tadi dan pipekan bancuhan cream cheese keatasnya.
4. Bakar 180C dalam 5-10 minit. Angkat & boleh ngap.

SELAMAT MENCUBA.

Oh ya ... sebelum terlupa. Bluebery cheese tart ini juga ditempah oleh Ita dari Bank Negara. maaf tertinggal nak upload tempahan ini tempoh hari. Anyway selamat mecuba dan kita boleh tukar blueberry filling kepada strawberry, mango dan apa-apa jenis filling yang available di bakery shop.

No comments: