MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Monday, October 3, 2011

KEK ROXY

Kek Roxy yang telah dibelangkan sebelum dikukus.

Minggu nie mungkin minggu untuk mencuba resipi-resipi dari Chef Zaidah. Kebetulan banyak putih telur kat rumah baki buat biskut raya. Nak buat macaroons, malas dan kurang menjadi, nampak plak resipi nie.

Resipi nie diambil dari majalah Saji Januari 2011.

KEK ROXY

BAHAN-BAHAN:
330gm tepung gandum
240gm gula halus
600gm putih telur
60ml susu cair
150gm mentega cair
1 sudu besar ovalette
pewarna merah jambu, hijau dan kuning
perisa strawberi, oren dan lemon
sedikit garam

CARA-CARA:
1. Pukul telur, tepung gandum, gula, ovalette & susu cair sehingga kembang
2. Masukkan mentega cair & kacau rata
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah jambu dgn perisa strawberi, satu bahagian diwarnakan hijau dgn perisa lemon & satu bahagian lagi diwarnakan dengan warna kuning dgn perisa oren.
4. Dimasukkan ke dalam acuan dengan cara selang seli seperti pelangi.
5. Kukus selama satu jam atau sehingga masak

No comments: