MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, February 15, 2009

BUTTER KEK

I have been busy lately - there are so many things going on but now I'm back again. Banyak sangat posting yang nak kena download nie ... so for these few days ..... enjoy with all the postings I made.....
Hmmm ... kali ini apa pulak ye .... BUTTER KEK ....
Resipi BUTTER KEK kali ini Yatie cuba dari buku "Creative Ideas for Cake Decorating - Over The Top" by Norzailina Nordin. Hmmm ... sedap tapi manis bagi tekak Yatie (I tak suka manis). So bagi sesiapa yang ingin mencuba dan anda tak suka manis, boleh le kurangkan gula.
Resipi BUTTER KEK
BAHAN-BAHANNYA:
450g Butter
450g Gula Kastor (kalau tak suka manis boke kurangkan)
6 biji telur (Grade A) (Yatie belasah aje)
550g Tepung naik sendiri (diayak)
75ml Susu segar
2 sudu teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA:
1 - Pukul butter & gula sehingga kembang & ringan (kelajuan paling laju)
2 - Masukkan telur satu persatu dan dipukul sehingga sebati setiap kali telur ditambah
3 - Campurkan tepung berselang seli dgn susu & diadun sebati serta masukkan vanilla
4 - Siap untuk dibakar dalam suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak
Adunan ini menghasilkan 2kg kek.


No comments: