MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, December 21, 2007

MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA

Sibuk betul di malam Hari Raya Aidil Adha. Ingat nak balik ke kampung husband di Kelantan, tapi tak jadi ... banjir. Kesian plak tengok my husband.

Since I'm not going 'balik kampung', sibuk malam tu masak .... almaklumlah besok Hari Raya.

Sebab I ni malas sangat, balik kerja dah lewat ... buat aje preparation for nasi lemak. I buat kek chocolate marble & kek pisang Kek pisang atas permintaan suamiku yg tercinta.
RESEPI KEK PISANG (di ambil dr RNET resepi, tapi tak ingat siapa penyumbangnya):
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 1/2 cawan pisang emas dilenyek (saya ubah suai bubuh lebih sikit)
1/2 cawan minyak
sedikit esen pisang
CARA MEMBUATNYA:
- Pukul telur & gula hingga kembang
- Kemudian masukkan pisang & esen
- Masukkan minyak
- Akhir sekali tepung & soda
- Bakar/kukus
Sempat gak buat 2 kek gula hangus di tempah oleh Zura (Bandar Tasik Puteri).... last minute sebab I tak jadi balik kampung. Thank you for the order.

No comments: