MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, January 12, 2011

KEK OREN/STRAWBERRY/KEK PELANGI

Bagi yang ingin mencuba kek ini, yatiecooking menyertakan resipi dibawah. Kek ini berasaskan kek pelangi dan telah diubah suai untuk menjadi kek oren atau kek strawberry.

BAHAN-BAHAN:
250gm butter
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla
sedikit soda bikarbonat (hujung sudu aje)
4 biji telur
3/4 cawan susu cair
Perasa oren/strawberry

CARA MEMBUATNYA:

1. Butter & gula diadun sebati sehingga kembang
2. Kemudian dimasukkan telur sebiji & diputar & dibuat begitu hingga telur habis
3. Masukkan esen vanilla & soda bikarbonat
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan di adun sehingga sebati.
5. Bakar mengikut kesesuaian oven masing2. Kalu oven saya 45 minits suhu 170C

Nak pastikan kek masak, cucuk dgn lidi atau pengukur kek tu dan kalu tak ada benda melekat maknanya kek dah pun masak.

Cawan tu besar mana yek ... selalunya cawan tu size biasa yang kita gunakan untuk minum petang. Pastikan kita menggunakan size cawan yang sama dalam semua sukatan.

Kek ni amatlah lembut dan susu cair tu boleh ditukar ganti dengan susu segar. Ianya boleh dibuat kek pelangi dengan membahagikan kepada 3 bahagian dan diwarnakan. Masuk dalam bekas berselang seli untuk menghasilkan pelanginya. Manakala kalu nak dapatkan perasa oren & strawberry boleh le dimasukkan perisa yang bersesuaian. Kek ini juga boleh dibuat kek chocolate marble - di bahagi dua. Satu bahagian yang biasa dan satu bahagian dimasukkan chocolate emulco dan dimasukkan dlama bekas berselang seli.

SELAMAT MENCUBA !!!!!

1 comment:

Unknown said...

nak tanya, kalau tak nak guna susu sebab tak minum susu, boleh ganti dengan apa?