MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, January 2, 2011

CUPCAKE COKELAT

Cupcake cokelat tempahan dari Pn Ida dari Green Valley Park, Bdr Tasik Puteri, Rawang. Ini merupakan siaran ulangan resipi ya ... heheheheh

Yatie selalu menggunakan resipi ini untuk cupcake cokelat. Sungguh mudah untuk dibuat. Resipi didapati dari Myresipi.com sumbangan dari alma.

CUPCAKE COKELAT

BAHAN-BAHANNYA:
300gm tepung
350gm gula
1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu kecik soda bikarbonat
1/2 cawan butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 1 /2 cawan susu segar
* 2 biji telur

CARA-CARA:
1. Campurkan ke semua bahan-bahan kecuali * ke dalam bekas. Pukul dengan kelajuan rendah untuk sebatikan adunan. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang 2 minit.
2. Campurkan telur & pukul dgn kelajuan tinggi selama 2 minit.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan cupcake yg dikehendaki dan bakar mengikut kesesuaian oven masing-masing.
4. Masak lebih kurang 170C selama +- 20 monit atau sehingga cupcake masak.
SELAMAT MENCUBA !!!!

No comments: