MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, October 16, 2011

KUIH TALAM

Jom ... jom ... kite try resipi .... yatie bukannya minat sangat makan kuih talam nie tapi teruja bila tengok resipi. Dari hari ke hari nak cuba akhirnya kuasa "R" ku menyerang. Jadi juga kuih talam aku ... hehehehhehe.

Resipi yang Yatie cuba nie adalah sumbangan Cik Maslina dari Restoran Sri Melayu yang diterbitkan di Majalah Aroma, Ogos 2011. Jom kita tengok macam mana resipinya dan ada sedikit pengubahsuaian dari Yatie sedikit (yg dlm font italic berwarna merah tu adalah yg Yatie ubah sedikit). ... heheheh

RESIPI KUIH TALAM

BAHAN-BAHAN (utk bahagian bawah)

2 1/2 (setengah) cawan tepung gandum
1/2 (setengah) cawan gula pasir
1 1/2 (setengah) cawan air gula merah
Yatie tak pki gula merah instead Yatie pakai soft brown sugar & kemudian Yatie campurkan chocolate emulco utk memberi warna cokelat serta perisa cokelat
4 cawan santan cair

CARA MEMBUATNYA

Satukan adunan diatas serta gaul sehingga sebati. Masukkan ke dlm loyang dan kukus selama 20 minit atau sehingga ia nampak keras.

BAHAN-BAHAN (utk bahagian atas)

4 cawan santan pekat
1 1/2 (setengah) cawan tepung gandum
2 sudu kecil garam

CARA MEMBUATNYA

Satukan adunan diatas serta gaul sehingga sebati dan pastikan ia tidak berketul. Buat lorekkan dengan menggunakan garpu di atas permukaan lapisan bawah supaya lapisan bawah dan atas tidak terpisah. Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Selepas kuih talam anda masak, buka penutup kukus dan biarkan 10 minit barulah ditutup apinya.

SELAMAT MENCUBA :) :) :)

No comments: