MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Showing posts with label Icing. Show all posts
Showing posts with label Icing. Show all posts

Friday, March 13, 2009

BUTTER CUPCAKE WITH BUTTER ICING

Kali ini cupcake ditempah oleh Roy, dihantar ke Putra LRT Asia Jaya. Roy meminta butter cupcake dengan topping butter ising. Kebiasaannya, Yatie banyak menggunakan krim ising yang menggunakan krimwell & shortening. Tapi kali ini Yatie menggunakan butter icing. Untuk cupcake pula, Yatie menggunakan resipi butter kek dan dimasukkan ke dlm acuan cupcake.
Untuk yang ingin mencuba Butter Icing ini, Yatie sertakan resipinya yang Yatie dapat dari buku yang berjudul "Creative Ideas For Cake Decorating - Over The Top - Norzailina Nordin".

BUTTER ICING
(menghasilkan 600g butter icing)
BAHAN-BAHAN
Butter 125g
Gula icing 500g
Susu segar 2-3 sudu besar

CARA-CARA
1. Pukul butter sehingga kembang & ringan
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan dipukul rata
3. Masukkan susu sehingga mencapai sebati dan mencapai konsisten yang dikehendaki





Friday, March 6, 2009

KRIMWELL ICING

Ramai yang tertanya sebenarnya dengan Yatiecooking tentang resipi membuat icing. Sebenarnya banyak resipi yang anda boleh cuba. Yatie sertakan disini resipi yang Yatie selalu guna, menggunakan krimwell. Dari segi ketahanan di suhu panas, kira ok. Tak pernah menghampakan.

Nota: Resipi ini Yatie dapat dari penyumbang di RNET. Tak ingat nama dia but should give her a credit for sharing the recipes. Thank you.

KRIMWELL ICING

BAHAN-BAHAN:
400g krimwell
100g shortening
2 sudu besar liquid glucose
gula icing

CARA-CARA:
1. Adunkan krimwell, shortening & liquid glucose sehigga sebati
2. Akhir sekali masukkan gula icing mengikut kepekatan dan kemanisan yang dikehendaki.

Saturday, February 7, 2009

ROYAL ICING

Teruja dengan member-member RNET, Yatie pun mengambil kesempatan untuk mencuba Royang Icing Chef Razak nie ... memang terbukti senang dan berbaloi. Terima kasih kepada member RNET yang sudi berkongsi resipi ini.
Royal Icing - Sumber : Chef Razak
Bahan - bahan diperlukan untuk Royal Icing :
4 biji putih telur (160gm)
1 sudu makan cuka (15ml) (Dalam cubaan ini Yatie gantikan cuka dengan madu)
2 cubit Traganth Gum (dlm cubaan ini Yatie tak masuk pun)
1 kg gula aising (Yatie pakai lebih dari 1 kg, ini sebab derhaka tak pakai Traganth Gum dan pakai madu kot .....)
Cara-cara untuk membuatnya :
1. Pukul putih telur & cuka hingga kembang
2. Masukkan Traganth Gum dan pukul lagi
3. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit.
4. Pukul adunan sehingga pekat.
5. Proses mewarna bermula bergantung kepada warna yang dikehendaki. Dalam cubaan ini Yatie memilih warna oren

Yatie memilih untuk membuat bunga-bunga kecil. Dinasihati hendaklah bunga-bunga tersebut dialas dengan kertas minyak atau putih ye.. untuk memudahkan proses mengalihkan dan pengeringan.
Rasanya macam dah pandai ... hehehe .. Yatie terus membuat bunga ros bertemakan biru, kebetulan ada pelanggan membuat tempahan.

Lupa pulak nak beritahu bagi yang ingin mencuba, bunga ini mengeras ye. Sebab Yatie derhaka kerana mengubah suai penggunaan resipi, bunga ini mengeras dalam masa 4 jam. Ia akan betul-betul keras setelah dibiar semalaman.