MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Showing posts with label Mcm2 masakan. Show all posts
Showing posts with label Mcm2 masakan. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

TEMPAHAN BAKED MAKARONI CHEESE & PUDING TRIFLE STRAWBERRY

 Tempahan Baked Makaroni chicken/beef cheese size 9x9 as above photo RM35

Tempahan puding trifle strawberry size 9x9 RM25

Tuesday, January 8, 2013

SANDWICH CROISSANT RESEPI MUDAH & CEPAT

Ingin resepi yang mudah dan cepat untuk dihidangkan ... jom ..jom ... masuk dapur Yatiecooking, kita lihat apa yang perlu dilakukan.  Hmmm... sandwich croissant paling mudah untuk dibuat.

Ingin mencuba, lihat bahan-bahan dan cara membuatnya yang amat mudah.

 Bahan-bahan yang diperlukan tomato, timun & salad.  Nak tambah sayuran lain pun boleh juga mengikut citarasa sendiri .... heheheheh
 Bahan utamanya jangan lupa pula ya .... croissant ... tak buat sendiri ... beli kat Giant aje murah.  Croissant dipotong dua tapi tak putus & Yatie sapukan butter ditengah-tengahnya.

 Inti yang Yatie gunakan kali ini ialah fillet ketam & telur.  Ketam dipotong mengikut suka sizenya dan dicelur terlebih dahulu.  Manakala telur pula di rebus, dikopek kulitnya dan dihancurkan.

Kemudian ketam & telur digaulkan dengan mayonnaise secukup rasa ditambah pula dengan serbuk black pepper & lada sulah.

Masukkan inti & sayuran ke dalam croissant ... mudah bukan. Sudah siap untuk dimakan.


Wednesday, December 26, 2012

IKAN BAKAR LEMAK PANDAN


Sudah lama Yatiecooking mencuba resepi ini tetapi cuma lama pulak nak upload resepi dan gambar di blog. Ini semua angkara masalah teknika yang Yatie sendiri kurang pasti macam mana nak selesaikan.  Tekan sana tekan sini akhirnya dah berjaya juga.

Yatie buat masakan ini masa kawan-kawan Yatie datang ke rumah.  Biasanya bakar-bakar kosong aje ikan ini. Tapi sedap bila mencuba resepi dari blog Kak Azlita Masam Manis ni.  Sungguh lemak rasa ikannya.  Tidak rugi juga peminat-peminat resepi mencuba resepi ini.

Resepi sumbangan : Kak Azlita Masam Manis
(http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/01/ikan-bakar-lemak-pandan.html)



IKAN BAKAR LEMAK PANDAN

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan ~ di siang dan di cuci bersih
2 helai daun pandan

Ikan yang telah di bersihkan tadi dililit dengan daun pandan dan sematkan daun pandan dengan lidi
Ketepikan

125 ml pati santan
3 ulas bawang putih ~ dikisar
8 ulas bawang merah ~ dikisar
Garam secukup rasa

Panaskan oven terlebih dahulu
Satukan bahan yang dikisar dengan santan dan garam secukup rasa
Lapiskan loyang pembakar dengan daun pisang
Susun ikan atas daun pisang
Tuangkan kuah santan atas ikan dan ratakan di kedua-dua belah
Bakar ikan dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit selama 30 minit atau sehingga ikan masak kuning keemasan
Hidangkan ikan dengan air asam

*** Sebab Yatie masih mempunyai lebihan kuah santan, Yatie masak kuahnya sehingga pekat & sewaktu hendak menghidang, Yatie tuangkan lebihan kuah ke atas ikan.

Terima kasih diucapkan kepada Kak Azlita Masam Manis yang tidak putus-putus menghasilkan resepi yang sungguh menarik dan sudi berkongsi bersama.

SELAMAT MENCUBA ya ....

Tuesday, October 2, 2012

BAKED MAKARONI CHEESE


Baked Makaroni Cheese di dapur Yatiecooking.  Size 9x10 Rm40.  Very Cheesy.

Saturday, September 29, 2012

NASI LEMAK KAMPUNG


Hmmmm ... selalunya makan nasi lemak nie beli aje .. almalumlah try nak control makan yang berlemak .. konon ... heheheh .... akhirnya terpanggil juga nak buat nasi lemak.  

WOW! Dah lama tak masak nasi lemak .... singgah dapur http://fromintankitchen.blogspot.com/  jumpa resepi nasi lemak kampung ... jom buat.  Terimakasih Kak Ita for sharing the recipe.


NASI LEMAK KAMPUNG
Resepi : http://fromintankitchen.blogspot.com/

Bahan-bahan yang diperlukan:
3 cawan beras basmathi cuci beras & rendam sekejap (kemudian toskan airnya)
2 cawan santan
3 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
2 helai daun pandan ~ disiat & dan disimpul
1 batang serai ~ dititik
2 sudu teh halba
1 sudu teh garam
2 inc halia ~ dihiris kasar atau dititik
3 ulas bawang merah ~ dihiris

Cara-cara membuatnya:
1) Panaskan minyak dalam periuk
2) Tumiskan bawang, serai, halia, daun pandan dan halba hingga wangi
3) Masukkan air dan santan
4) Masak hingga mendidih
5) Tambahkan garam dan kacau rata.
6) Masukkan beras dalam periuk nasi & tuangkan santan yang telah di masak
7) Tanak nasi sehingga masak

Tips dari Kak Ita:
"Bila dah masak kacau nasi dengan menggunakan chopstik supaya beras tak patah"

Selamat mencuba.  Nasi lemak bolehlah dihidangkan dengan sambal, ikan bilis, telur & berbagai lauk pilihan anda.



Saturday, September 15, 2012

TEMPAHAN-TEMPAHAN


 
Fruit Tarts

Red Velvet Cupcakes
 
Apam Polka Dot

Cream Puff

Mini Pavlova
 
Terima Kasih kepada Zaireen dari Wangsa Maju atas tempahan.

Wednesday, September 12, 2012

UDANG GORENG BUTTER BEREMPAH

 
Ini hasil browsing rumah Kak Ita Masam Manis .... sedap masakan nie ... selain rasa lemak butter ada juga rasa pedas kari .. ala kemelayuan gitu.
 
Terima kasih Kak Ita kerana sudi berkongsi resepinya.  Nak lebih teruja lawatilah blog Kak Ita, terus nak masuk dapur & masak tau.  Dibawah Yatie copy & paste resepinya.
 
 
Resepi : UDANG GORENG BUTTER BEREMPAH
Sumbangan : Kak Ita Masam Manis (http://fromintankitchen.blogspot.com/)
 
1 kg udang (cuci bersih)
1 tangkai daun kari (hiasan)
2 sudu besar butter
Garam & gula secukup rasa
 
Untuk Perapan
2 sudu besar rempah kari daging
1 biji telur
1 sudu esar tepung jagung
garam secukup rasa
 
Perap udang bersama bahan perapan lebih kurang 20 minit.
Kemudian goreng udang dlm minyak panas, angkat & toskan, ketepikan.
 
Untuk Ditumis
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji bawang putih cincang halus
5 biji cili padi hiris halus
2 tangkai daun kari & hiris halus daunnya (saya ikut Kak Ita campak aje semua)
 
Panaskan butter dlm kuali.
Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau
Kemudian masukkan udang & gaul rata serta sebati.
Letak garam & gula secukup rasa
Taburkan daun kari sebagai hiasan.
 
Ok resepi dah ada, bahan-bahannya pun senang .. bolehlah mencubanya pula.

Saturday, September 8, 2012

CHEESY WEDGES DI DAPUR YATIECOOKING

Ada jamuan Hari Raya di lorongku.  Banyak pula jemputan .. mmm .. macam mana .. nak masak apa-apa pun tak sempat.  Dekat rumah pula ada cheesy nachos .. idea terbaik adalah cheesy wedges.  Sambil jalan-jalan memenuhi jemputan, singgah pasaraya beli wedges & mayo.  Inilah hasilnya masakan anak bujangku, Ikhwan Zamri.


Monday, April 23, 2012

MEE KARI

Selalu bercerita pasal kek, kali ini kita berubah arah skit. Tak tahan dah tengok blog Kak Azlita Masam Manis ... gambar-gambarnya menarik-narik diriku .. marilah kita buat mee kari nie .

Resipi diambil dari dapur Kak Ita http://fromintankitchen.blogspot.com/search?updated-max=2012-04-19T07:31:00%2B08:00&max-results=3

MEE KARI KAK YATI
By: Kak Yati

8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
1 cwn udang kering - direndam n dikisar
1 cawan rempah kari daging - ita guna BABAS
1 biji santan
2 inc halia - dititik
2 inc lengkuas - dititik
2 btg serai - dititik
3 kpg asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 kg daging - ita guna batang pinang
10 ekor udang - yg besar
fish ball
kerang
tauhu sponge yg dah goreng

Bahan dimakan bersama
Mee kuning
Timun dihiris halus
Tauge
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Limau kasturi
Cili Jeruk - jika suka

Tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau.
Masukkan rempah kari daging yg tlh dibancuh dgn air, halia,lengkuas dan serai.
Masukkan air dan biar ia didih.
Masukkan daging dan biar hingga daging empuk (jika tak pakai daging batang pinang rebus daging terlebih dahulu n masukkan dgn air rebusan sekali).
Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar hingga merenih.
Masukkan udang, kerang dan fish ball.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tauhu sponge.
Biarkan kuah mendidih
Sedia dihidangkan

Terimakasih Kak Ita kerana sudi berkongsi resipi. Sedappp .....

Sunday, March 11, 2012

BAKED MAKARONI CHEESE

Baked Makaroni Cheese ditempah oleh jiranku. Terimakasih Puan Ana atas tempahan.

Monday, October 24, 2011

TEMPAHAN UNTUK MINI MEETING

Puding Balqis


Tuna Sandwich


Tempahan dari Wan untuk light breakfast di pejabatnya: Puding Balqis, Tuna & Egg Sandwich with croissant.


Sunday, September 25, 2011

MINI CATERING

Tempahan mini catering dari pelanggan tetapku. Beliau menempah nasi lemak, meehoon goreng, kuih karipap, donut, mini hot dog bun & puding rainbow.




Friday, March 25, 2011

DONUT "G"

Mencuba Donut "G" .... resipi sumbangan dari Najibah Salasiah Homemade dari Kota Bharu, Kelantan. Terimakasih Gee atas sumbangan yang tidak terhingga.
Resipi untuk dicuba.


BAHAN-BAHAN: 900gm high protein flour

100gm low protein flour

160gm gula

10gm garam

8gm bread improver

2 biji egg

30gm milk powder

450gm air sejuk

120gm martiana margarine

24gm yeast @ 2 pek kecil


CARA MEMBUATNYA: 1. Semua adunan dicampur sekali dan diuli sehingga sebati. Setelah itu perap selama lebih kurang 2jam atau sehingga adunan naik 2 kali ganda.

2. Boleh le diuli mengikut size yg dikehendaki.



Sunday, March 6, 2011

BAKED MAKARONI CHEESE & FRUIT TARTS

Fruit tarts & baked makaroni cheese tempahan dari pelanggan setiaku. Terimakasih Nyna. Pick-up point di Giant Batu Caves.

Sunday, December 12, 2010

PENGAT LABU


Pengat labu anyone .... rasa nak mencuba pengat labu ... Yatie dapat resipi nie dari Mesra.net Resipi. The outcome, not bad. Sesiapa yang nak try bleh try.

BAHAN-BAHAN:

300ml santan cair
150ml santan pekat
150gm labu yang dipotong dadu (direbus) saya kukus
100gm gula melaka
30gm sagu biji
50gm gula pasir
1 helai daun pandan

CARA-CARA:

Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji & daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan gula pasir, labu & santan pekat. Masak sehingga mendidih & dah siap boleh le dihidangkan.

Friday, December 3, 2010

BAKED MAKARONI CHEESE

Baked Makaroni Cheese tempahan dari Puan Zura & Puan Ana dari Green Valley Park, Rawang. Terima kasih atas tempahan.

Thursday, November 18, 2010

BAKED MAKARONI CHEESE

Baked Makaroni Cheese ditempah oleh Puan Zura dan saudaranya. Terimakasih atas tempahan.

Wednesday, November 10, 2010

BAKED MAKARONI CHEESE

Baked Makaroni Cheese (dlm gambar yg belum dibakar lagi) merupakan koleksi tempahan dari Puan Zura, Puan Ana & Cikgu Rosmawati. Terimakasih semua atas tempahan.
Yang ingin mecuba resipinya sudahpun Yatie uploadkan sebelum ini di dalam pposting yang dulu. Atau klik sahaja di Kolekso Resipi, cari "Baked Makaroni Cheese". Selamat mencuba.

Wednesday, April 28, 2010

JERUK KEDONDONG

Yummy ... jeruk kedondong ... nie resipi orang dulu-dulu. Buat jeruk tak yah pakai cuka. Dan buahnya tetap maintain rangup. Kalu yang ada pokok mangga, kedondong, betik depan atau belakang rumah dah banyak sangat bergayut, apa kata kita jadikan jeruk plak... sedap ... RESIPI JERUK KEDONDONG
Buah kedondong/mangga/betik
garam
gula
CARA-CARA:
Buah dikupas, bersihkan dan dihiris (kalu nak sebiji-biji pun boleh)
Buah direndam dengan air & garam selama 3 - 4 jam
- garam agak-agak aje
Selepas buah direndam, tapis sehingga kering
Setelah buah kering, rendam buah dengan gula.
Nak tahu bila jeruk dah ready, bila gula sudah mencair menjadi air.... kira tak nampak butiran gula lagi. Jgn bubuh air ye ... rendam aje dgn gula semata-mata. Nak pedas, potong le cili padi.
Selamat mencuba

Thursday, January 7, 2010

KEK BEN-10 & MINI PIZZA


Kek Ben-10 untuk adik Hazwan tempahan dari Marina. Pick-up point di Petronas Kota Damansara.

Marina juga menempah mini pizza serta kek kukus asam manis (tiada dlm gambar). Thanks Marina for your order and comments about the kek kukus. Maaf terlembik sedikit saya buat kek tu. Its good to hear that you like the cake and the mini pizza.