KUIH KERIA ini Yatie buat untuk sarapan pagi. Kalau ada sesiapa yang nak try, kuih ini amat mudah.
Bahan-bahan:
~1kg keledek (sweet potatoes)
8 - 1- sudu besar tepung gandum
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Rebus keledek. Ada macam-macam cara org buat, kukus pun boleh tapi Yatie ambil jln mudah. Setelah keledek empuk, dilenyek-lenyekkan seperti gambar dibawah & di campur dengan tepung + secubit garam. Setelah sebati, boleh le dibulat-bulatkan sebelum digoreng.

Yatie nie tak lah kreatif sangat macam mak-mak, membulatkan kuih keria ini. Yatie pakai acuan donat seperti dibawah ... hhehehehe

Inilah hasilnya. Selepas dibulat-bulatkan bolehlah digoreng.
No comments:
Post a Comment