MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Monday, October 12, 2009

PAU TRADISIONAL

Jangan terkejut ...... kali ini bukan posting kek ya.... Yatieooking cuma mencuba pembuatan Pau Tradisional.... Asli ...

Tiada menggunakan tepung pau mahupun tepung pau ready made. Cuma tepung gandum dan yis you. Nak try, boleh. Yatie ada sertakan resipi. Cuma tak puas hati sebab Yatie tak cukup uli, jadi penghasilan paunya tidak selicin yg diharapkan.

selamat mencuba.

RESIPI PAU TRADISIONAL (Sumber ... maaf dah lupa)

1 kg tepung
11gm yis (1 pek)
200gm gula
100gm minyak jagung/minyak masak
460gm air

CARA:

1. Gaul tepng & yis sehingga sebati
2. Dibekas lain larutkan gula & air (agak2 asal boleh larutkan gula)
3. Tuang larutan gula ke dalam tepung dan gaul
4. Separuh jalan masukkan minyak & lebihan air sehingga menjadi doh yang kenyal
5. Rehatkan doh 10 - 15 min
6. Bulatkan adunan & rehatkan lagi 10 min
7. Masukkan inti (saya guna kacang merah), rehatkan 30 minit sebelum dikukus
8. Kukus sehingga masak (lebih kurang 10 min).

No comments: