MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, June 29, 2008

TEPUNG PELITA

Kebetulan ada jiran bagi daun pisang yang terlalu banyak, Yatie pun buatlah tepung pelita ini utk tidak membazirkan daun pisang tersebut.
RESIPI TEPUNG PELITA

BAHAN-BAHAN:
Tepung Beras
Daun Pandan (dptkan pati air daun pandan)
Pewarna Hijau (jika suka)
Santan
Gula
Garam
Air
Daun Pisang dibuat acuan 4 segi

LAPISAN BAWAH
Daun Pandan dlm 10 helai dihancurkan dgn sedikit air utk dptkan pati air daun pandan
1 cwn tepung beras + 3 cwn air + air daun pandan (kalu malas nak buat nie, cuma masukkan perisan pandan + pewarna hijau skit)
sebatikan semuanya

LAPISAN ATAS
1 cwn tepung beras + 4 cwn santan + sedikit garam (utk bagi rasa lemak)
sebatikan semuanya

CARA MEMBUAT
Dimulakan dgn lapisan bawah, dimasukkan gula 1 sudu kecil ke dlm acuan daun pisang + dimasukkan lapisan bawah (bewarna hijau) memenuhi setengah acuan daun pisang
dikukus sehingga masak & dikeluarkan
Selepas lapisan bawah masak, masukkan adunan lapisan atas memenuhi acuan daun pisang & dikukus sekali lagi hingga masak.
Sudah siap & boleh le dimkn.

Kuih tepung pelita amat banyak didapati ketika menjelang bulan puasa. Anak-anak Yatie suka menikmati kuih tepung pelita ini jika disejukkan terlebih dahulu didalam peti ais.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!

Saturday, June 28, 2008

KEK GULA HANGUS

Kek Gula Hangus ditempah oleh Jun dan Liza Puji. Thank you to both for being very supportive of my cakes.

Friday, June 27, 2008

EURO2008 KEK

Sempena sambutan hari bapa, Yatie telah membuat kek EURO 2008. Almaklumlah, demam bola sedang melanda sekarang.

HARI BAPA

Pada Sabtu lepas, 21 Jun 'community lorong 3/13' meraikan hari bapa. It's just for fun.
Pot luck yg Yatie buat adalah frui tarts.
Barisan makanan yang disediakan oleh ibu-ibu. Terimakasih semua penduduk di lorong 3/13, Green Valley Park di atas kerjasama menjayakan majlis ini.
SELAMAT HARI BAPA

Thursday, June 26, 2008

DOLL CAKE


Kek ini dibuat untuk sambutan June birthday di lorong 3/13, kat rumah saya le tu.

Keknya cuma kek butter. Berat kek 3kg.

Tuesday, June 24, 2008

PLAIN BUTTER CAKE

PLAIN BUTTER CAKE (sumber dari penyumbang di RNET)

Bahan A
250gm butter
200gm gula (Yatie kurangkan 170g sebab tak suka manis)
210g tepung gandum
1 sudu besar baking powder

Bahan B
5 biji telur
1 sudu teh essence vanilla

Cara membuat :
Semua bahan A di adun sebati sehingga kembang. Bila dah rasa kembang dan cantik sebatinya masukkan bahan B, telur dimasukkan satu persatu. Teruskan memutar sehingga adunan lembut & tidak berbintil.(Yatie modify sedikit dengan menambah 2/3 sudu besar susu segar - bagi kek tu lebih lembut & ummpphhh).

SELAMAT MENCUBA !!!!

Monday, June 23, 2008

MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE


MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE diambil dari RNet, penyumbang resipi tak ingat siapa.

Bahan A :

180 g butter
20 g serbuk koko
170 g /150 g gula castor (nie ikut kegemaran manis bagi individu
3 biji telur
120 g tepung self-raising
1 sudu teh baking powder

Bahan B :

250 g cream cheese
60 g gula castor
1 sudu teh vanilla essence
1 biji telur

Cara2 :
Bahan A
1. Ayak tepung self-raising, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sehingga berkrim.
3. Masukkan telur ke dlm adunan butter & gula satu persatu.
4. Masukkan bahan yg telah diayak & digaul rata.
Bahan B
5. Pukul semua Bahan B sehingga adunan menjadi sebati & ringan
Sediakan loyang dan masukkan adunan A berselang dengan adunan B ataupun mengikut kreativiti sendiri.
Bakar sehingga masak mengikut kesesuaian oven masing-masing.
SELAMAT MENCUBA !!!!!

Saturday, June 21, 2008

CUPCAKE - TEMA HIJAU


Cupcake tema hijau berbagai corak di tempah oleh Noor Fitri untuk dijadikan buah tangan dikenduri kahwin adik perempuannya.
























Wednesday, June 18, 2008

CUPCAKE - TEMA MARROON




Cupcake bertemakan warna marroon di tempah oleh NoorFitri dari open University sebagai buah tangan untuk rombongan pihak lelaki untuk majlis perkahwinan adiknya.

Monday, June 16, 2008

AGAR-AGAR PELANGI

Yatie buat agar-agar ini untuk disedekahkan kepada jiran yang membuat majlis kenduri kesyukuran.

KEK GULA HANGUS


Terimakasih Siti atas tempahan kek gula hangus. Thank you for your support.

Sunday, June 15, 2008

COKLAT CLAIR


Resipi adalah diambil dari majalah RASA.

BAHAN-BAHAN:
125gm susu segar
100gm tepung kek
125gm air
100gm mentega
3 biji telur
300gm coklat masakan utk hiasan

BAHAN KASTAD:
500ml susu segar
100gm gula
60gm serbuk kastad
2 biji kuning telur

CARA MEMASAK:
1. Jerang air, susu & mentega. Biar mendidih.
2. Tuang tepung ke dlm bancuhan yg sedang mendidih & kacau tepung sehingga tidak berketul. Tutup api, ketepikan dian biarkan sejuk lebih kurang 10/15 minit.
3. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit & kacau hingga sebati. Kena pandai agak-agak, kalu didapati adunan dah lembik tak payah masukkan telur lagi. Tapi kalu adunan masih keras masukkan lagi telur sehingga mendapat kepekatan yang tidak lembut & keras sangat.
4. Masukkan dalam beg piping & bentukkan dlm loyang. Dibakar selama 30/40 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing.
5. UNTUK MEMBUAT KASTAD, mendidihkan 300ml susu & gula.
6. Baki susu pula dikacau dengan kuning telur & serbuk kastad & dimasukkan ke adunan susu yg mendidih. Dikacau sehingga pekat.
7. Setelah sejuk dipaipak ke dlm 'clair serta dihias dengan coklat cair.

SELAMAT MENCUBA !!!!!

KEK LADAM KUDA


Resipi ini adalah sumbangan Chef Tania.

10 biji Pakai 5 putih shj
130gm butter cair
200 gm caster sugar
1 sudu mkn ovalette
2 sudu mkn susu manis
2 sudu mkn vanilla aiskrim powder/tepung susu pun boleh
135gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla essence
10gm ice cube
1 sudu mkn chocolate paste
2 sudu mkn cocoa powder

Utk Filling
Chocolate Cream(saya boh choc fudge)

Caranya:
Satukan semua bahan KECUALI butter cair, chocolate paste & cocoa powder. Oukul dgn speed laju hingga kembang barulah dimasukkan butter cair, juga digaul rata.
Adunan dibahagi dua; Satu adunan dibiarkan plain & satu adunan dimasukkan chocolate paste & cocoa powder.

Cara memasak:
Saya menggunakan loyang 8 x 8.
Lapis bawah menggunakan adunan cokelat & lapis atas menggunakan adunan plain. Utk tidak mencampur adukkan warna, Chef Tania menyarankan penggunaan piping bag. Kalu saya malas, saya ratakan aje pakai sudu dgn berhati-hati. Selalunya dlm 5 sudu mkn.
Lepas itu dibakar 15/20 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Setelah msk & dikeluarkan dari loyang, atas lapisan cokelat di sapu chocolate cream & adunan dilipat dua. macam kita buat kek gulung cuma yang ini dilipat dua shj. Masak adunan yng selebihnya hingga habis.

Kalau nak ladam kudanya berbentuk lebih kecil, adunan yang telah masak boleh dibahagi dua.

SELAMAT MENCUBA !

Saturday, June 14, 2008

KEK PERKAHWINAN - 3 TIER







Hiasan adalah menggunakan buttercream icing & bunga sugarpaste.


Kek perkahwinan - 3 tier ini ditempah oleh Rina untuk sepupunya.
Sekali lagi bertemakan biru.
Berbeza dengan tempahan yang dulu, kali ini Rina menyerahkan kepada saya untuk memilih jenis kek dan design.
Kalau dulu Rina mahukan kek cokelat, hiasan biru dan berbunga pink. Kali ini Yatie gunakan kek African Marble, dan semestinya Yatie menggunakan warna biru.





Friday, June 13, 2008

KEK HANTARAN

Kek ditempah oleh pelanggan juga untuk kek hantaran di hari pertunangan adiknya.







Thursday, June 12, 2008

CUPCAKES UNTUK HANTARAN





Cupcakes ditempah oleh pelanggan untuk dijadikan sebagai hantaran sempena pertunangan adiknya.





Wednesday, June 11, 2008

KEK KAHWIN 3 TINGKAT

Kek digunakan kek cokelat.
Icing - Cokelat buttercream.
Musim cuti sekolah tandanya musim kenduri kahwin. Masih lagi berkisar tentang kek kahwin 3 tingkat, ditempah oleh pelanggan Liza.

Pelanggan mahukan kek & buttercream yang berasaskan cokelat dan design yang simple. Lebih syahdu, permintaan pelanggan untuk meletakkan strawberry dihias dengan sedikit cokelat.
Oleh kerana pelanggan ini jauh, tidaklah dapat Yatie mengambil gambar kek 3 tingkatnya. Anyway, thank you for your support.

Tuesday, June 10, 2008

KEK COKELAT

Kek Cokelat yang ditempah oleh pelanggan untuk anaknya yang bernama Ezorra.

Monday, June 9, 2008

KEK LADAM KUDA

Kek Ladam Kuda nie dapat resipi dari Chef Tania. Sungguh lazat dengan coklatnya.
Ditempah oleh Nyna. Terimakasih.