MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, November 9, 2007

KEK LAPIS FOR RM40/PIECE



Kek lapis nie pun I jual.
Harganya RM40/recipe.
Available all the time.
To order call Yatie at 012-3243373.
Nie Yatie ada selitkan resepinya. Sapa yg nak try tu boleh le cuba tapi kena banyak2 le bersabar. This cake lebih kurang mcm kek lapis sarawak cuma dia punya taste tak kuat sgt rasa rempah. Dia lebih kepada rasa lemak.
Kek Lapis (I dpt dr buku kek lapis sarawak terbitan ONE PUBLISHER).
(A)
9 biji kuning telur
4 biji putih telur
150g tepung rendah protin (I pakai tepung gandum aje)
1/2 sudu teh campuran rempah (I pakai campuran kek lapis)
1 sudu besar ovalette
150g gula halus
80ml air ais
Cara2:
Gabing semua bahan di A & pukul dgn kelajuan high selama 10 minit sehingga adunan menjadi tebal & lembut.
(B)
300g mentega
5 sudu besar susu pekat
Jem
Pukul mentega & susu sehingga berkrim & dimasukkan ke dlm adunan A.
Bahagikan adunan mengikut warna adunan yg disukai. Kalu pilih 3 warna, maka bahagikan adunan ke 3 bahagian yg sama. pas tu ikut cita rasa sendiri nak boh kala apa.
Cara nak masak:
Letak kertas dlm acuan & disapukan dgn mentega cair.
Masukkan 4 sudu adunan besar. Kalu nak tebal jadikan 5 sudu & dimasak menggunakan api atas. Suhu 250C. Bakar kek selapis demi selapis sehingga masak atau bertukar warna keperangan.
Masak le kek ini selapis demi lapis sehingga adunan masak. Bagi lapisan kek yang terakhir, tukar api menjadi "both" & masak selama 10 minit utk memastikan seluruh kek itu telah masak.
Selamat mencuba.

No comments: