MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, May 24, 2009

PUDING CINCAU BERSANTAN

Puding cincau bersantan Yatie buat untuk makan petang. Almaklum sekarang musim panas. Jadi puding ini amat sesuai untuk menyejukkan tekak. Kepada sesiapa yang nak cuba, I recommend ... memang sedap .... but this puding is NOT FOR SALE ... saja suka-suka buat.
Resepi diambil dari Majalah Rasa Februari 2009 oleh Chef Puan Siti Zabedah. Resepi asal adalah seperti dibawah tapi telah Yatie ubah suai mengikut keadaan semasa dan stok yang ada dekat rumah.

PUDING CINCAU BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 peket agar-agar (Yatie guna agar-agar serbuk)
250ml santan pekat
750ml air (Yatie guna sukatan untuk masak agar-agar serbuk)
250ml air gula merah (Yatie agak-agak juga mengikut sukatan agar-agar serbuk)
90ml gula pasir
300gm cincau - cincang halus (Yatie gunakan 2 paket cincau)
CARA MEMBUATNYA:
1. Masak agar-agar + air sehingga hancur
(Yatie masak agar-agar serbuk + air sehingga mendidih)
2. Kemudian masukkan air gula merah + gula pasir
3. Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih
4. Akhir sekali masukkan cincau
5. Tuang dalam acuan dan biarkan sejuk

No comments: