MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, May 22, 2009

SAMBUTAN HARI IBU

Lorong 3/13 menyambut Hari Ibu pada tahun 2009 dengan penuh kemeriahan. Dana dikumpul bagi menghasilkan satu pesta yang amat meriah. Makan malam ditempah dari En Wan Zura. Menunya adalah nasi ayam. Terimakasih En Wan Zura, mana yang kurang & lebih minta halalkan.
Tidak ketinggalan juga deretan kuih-muih yang dihidangkan malam itu.


Tema Hari Ibu lorong 3/13 adalah putih & hitam. Semua ibu-ibu dan tak kurang juga anak-anak, suami serta jemputan yang turut hadir semuanya berpakaian hitam & putih. Lihat lah gaya seorang ibu ini... .. sungguh sporting.
Berbagai acara telah disusun bermula dengan cabutan pertukaran hadiah, acara meneka berat gula, acara 'sweet & sporting mum', acara ibu & anak seiras, acara 'music chair' untuk ibu & bapa dan akhir sekali acara memanggil hujan ... hehehhe ... 'karaoke' le tu .. isk.

Hadiah untuk acara 'sweet & sporting mum'.

Ha! Ini le gula untuk diteka beratnya termasuk dengan bekas.

Meja khas - meja pengacara.

Takut tu ... para juri semuanya serius.


Semua para ibu lorong 3/13 sebelum memotong kek



Anak-anak sibuk tengah makan.

Setelah selesai makan, acara dimulakan dengan mencabut nombor bertuah untuk pertukatan hadiah para ibu. Lihat le aksi-aksi ibu gembira dengan hadiah masing-masing.




Ini acara apa pulak? Macam karaoke pun ada ... ewah ... syoknya ... menari ke tu?
Sebenarnya ini acara 'tie breaker'. Eddy mewakili isterinya Ina dan Kak Om mewakili anaknya Raja yang telah berjaya meneka berat gula tersebut. Jadi untuk menentukan pemenangnya, terpaksa diadakan soalan tambahan ... heheeh ... dan pemenangnya adalah ....
EDDY ! Kira ina le yang menang tu. TAHNIAH diucapkan. Hadiah disampaikan oleh ketua lorong 3/13.

Ha! Yang ini apa pulak dua orang ibu ini ... ini acara 'sweet & sporting mum'. Anyway, tahniah kepada semua ibu-ibu lorong 3/13 kerana being so supportive & sweet that night.
Ini pemenang pertama 'sweet & sporting mum'. Yatiecooking pun menang gak tapi gambar tak dak pasal Yatie tukang ambil gambar.... isk...isk

Ini pula pemenang anak & ibu seiras. macam confuse ... siapa yang menang nie ... heheheheh
Ini acara musical chair untuk para bapa.
Ini yang Yatiecooking dapat pada malam Hari Ibu. Thanks kepada penyumbang hadiah.

No comments: