MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, October 30, 2008

TEMPAHAN UNTUK MEETING

Mee Goreng Black Pepper

Bahan-Bahan:

1 Paket mee kuning biasa
3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 ½ camca lada hitam
2 sudu ikan bilis (ditumbuk)
4-5 biji cili api
1 cawan air
¼ cawan kicap manis
minyak masak untuk menumis
daging - jumlahnya ikut suka
isi ayam
1 paket bebola ikan
sedikt sayur sawi / taugeh

1.Tumbuk bawang kecil,bawang putih, lada hitam, cili api dan ikan bilis.
2. Hiris daging dan bebola ikan.
3. Kemudian panaskan minyak utk menumis bahan-bahan yg ditumbuk tadi.
4. Tumis bhn2 yg ditumbuk.
5. Masukkan kicap beserta air.Tunggu sebentar.
6. Masukkan daging, isi ayam dan bebola tadi.
7. Biarkan 2-3 minit....kemudian masukkanlah mee dan sayur2 tadi.
8. Masak sekejap.2 minit..kemudian bolehlah dihidangkan.




Terimakasih kepada Rafidah dari Menara Tan & Tan di Jalan Tun Razak yang menempah package untuk meeting di syarikatnya. Antara makanan yang ditempah olehnya adalah Mee Hoon Goreng Biasa, Mee Goreng Black Pepper, Prawn Spring Roll, Quiche ayam, Karipap sardin & Fruit Tarts.

No comments: