MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, February 7, 2012

DONUT (BESERTA RESIPI LAGI) & APAM DOT

Hmmm ... buat apam dot nie untuk anak lelaki dan perempuan minum petang tatkala hujan mengundang di sebelah petang.



Bukan aje apam dot, donut pun ada tau ... Nak try buat, jom.


Cara nak buat donut sama aje dengan donut yang lain ... bagi yang ada breadmaker lagi senangkan. Tapi yatie tak pasti le pulak caranya sebab tak ada bread maker nie .... heheh.


Resipi donut nie dapatkan rumah Kak Ita Masam Manis le ... apa lagi. Perbezaan kali ini ia menggunakan tepung roti. Jom kita pi dapur.


Bahan-bahan yang diperlukan:
500g tepung roti

100g gula

11g instant yeast

4 biji kuning telur

200 ml air

100g magerine / butter

1 sudu kecil garam


Cara membuatnya:

- Ayak tepung kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata. Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.

- Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gmRehat doh semula 20 minit.Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.

- Salutkan donat dengan gula atau choc cair ikut selera.

No comments: