MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Monday, May 17, 2010

PUDING LAICI JAGUNG @ DOORGIFT PERKAHWINAN

Hmmm ... sedap nie buat pencuci mulut. Produk terbaru Yatiecooking - Puding Laici Jagung. Nak tempah untuk makan-makan pun boleh. Nak tempah buat doorgift pun boleh. Selain dari orang bagi kek, muffin, cupcake, kerepek, puding ini juga boleh dijadikan sebagai buah tangan.
Harga RM1.20/pc satu bekas. Minimum order 50pcs. Harga boleh dirunding untuk tempahan yang besar.

Nak try buat sendiri, disini Yatie sertakan resipinya. Actually resepi dapat dari Majalah Rasa. Time nak buat majalahnya ntah mana, jadi yatie buat ikut resepi puding Yatie yang biasa dan tokok tambah ikut rasa tekak sendiri. Hmmm ... menjadi & sedap.
BAHAN-BAHAN:
1 packet Agar-agar
Air
Daun Pandan
Gula Kasar
1 tin Laici (buah laici juga boleh digunakan)
1 tin jagung berkrim
1 liter susu segar
Bekas
CARA MEMBUATNYA:
1. Agar-agar direbus dengan 1000 liter air bersama dengan daun pandan sehingga hancur.
2. Setelah agar-agar hancur masukkan 6 sudu besar gula (Yatie agak-agak aje mengikut kesesuaian masing-masing, ada orang suka manis sesangat kena le bubuh gula banyak sedikit) dan dimasak sehingga gula hancur.
3. Laici ditapis & diambil buahnya & dipotong kecil-kecil.
4. Setelah agar-agar masak, masukkan 1 Liter susu segar
5. Hampir-hampir adunan mendidih, masukkan buah laici yang dihiris bersama dengan 1 tin krim jagung.
6. Angkat setelah masak & dibubuh ke dalam acuan.

SELAMAT MENCUBA !!!!

No comments: