1) Apa yang diperlukan adalah gambar yang dikehendaki untuk dilukis. Gambar nie boleh le dicari didalam internet. Sebaik sahaja jumpa gambar, sebaik-baiknya cetak atau print gambar dalam mirror image. Ini adalah kerana bila kita habis melukis dan menterbalikkan gambar, ia berada di posisi yang betul. Tak terbalik pun tak pa cuma gambar dilihat sedikit awkward.
2) Letak kertas terap diatas gambar yang hendak dilukis seperti diatas. Pastikan lekat dengan baik supaya gambar tidak bergerak semasa proses melukis.
3) Mulakan lukisan anda di atas kertas terap dengan menggunakan warna hitam. Ianya adalah warna paling asas dimana anda memulakan lukisan secara menerap. Alah ... macam kita terap lukisan le ... cuma biasanya kita terap pakai pensel ini kita pakai buttercream warna hitam dan kita ikut gambar yang hendak diterap untuk mendapatkan outline gambar tersebut.
4) Setelah habis buat outline, warnakan buttercream mengikut warna yang dikehendaki. Lihat gambar di atas, saya menggunakan warna untuk tom & jerry seperti yang terdapat didalam gambar yang saya nak terap. Mulai mewarnakan bahagian-bahagian seperti didalam gambar kecuali warna putih. Tinggalkan bahagian yang berwarna putih di bahagian paling akir. Warnakan telinga, badan tom & jerry sehingga habis.
7 comments:
baru mas tahu tekniknya...
maceh kak sudi berkongsi ilmu...
salam kak yatie...tumpang tanya yer..kertas terap tu bleh pakai apa2 kertas je ke atau ada spesel kertas utk buat ni?
Mas - u r most welcome
fashah84 - kertas terap nie biasanya ada 2 jenis yg dijual di kedai kek. Satu yg biasa kita gunakan utk alas kek kita dan satu lagi dia berwarna putih .. apa namanya tak tahu ... pakai yg itu supaya masa proses pengalihan ke kek tak dak le perkara2 yg tidak diingini berlaku ... heheheh
ok...faham...terima kasih kak...lama dah nk drawing2 ni tp kerastangan...so teknik akak ni nmpk mcm senang..nnti sy try...
terima kasih kerana sudi kongsi ilmu akan cuba buat :)
fashah84 & Nur : u r most welcome. Hrp dpt membantu.
salam kak yatie..
kertas penerap tu..
gune kertas minyak ke?
atau yg lain?
Post a Comment