MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, May 15, 2012

CHEESY LAPIS OREO COCKTAIL


Lapis Cheesy Oreo Cocktail

Hmmmm ... sesiapa yang meminati cheese ... Lapis Cheesy Oreo Cocktail nie memang sedap ... dalam masam-masamnya ada rasa manis-manis oreo & fruit cocktail.  Itu pun tujuannya supaya kita tidak le merasa muak sangat dengan rasa cheese tu.  Ini semua idea dari Kak Azlita Masam Manis .. katanya jangan hadkan masakan anda... pelbagaikan & cuba rasanya yang berbeza.  Maka hasil inspirasi kak Ita, terhasil la pulak Lapis Cheesy Oreo Cocktail.

Kalau nak try buat pun boleh, dibawah resipinya.  

Resipi asal : Azlita masam Manis - Lapis Cheesy Sufi Amanda (intankitchen.blogspot.com)

Olahan dari segi lapisannya : Yatiecooking

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B
500 g cheese cream 
1/2 cawan gula halus 

Bahan C
100 gm Non Dairy Whipping Cream

Filling
Biskut Oreo
Buah-buah coktail dalam tin

Adunan Cheese:
Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati dan berkrim
Pukul Non Dairy Whipping hingga kental
Satukan kedua bahan tersebut dan kaup balik adunan hingga rata

Tiba masa untuk melapis:
Panaskan susu segar, padamkan api.
Dalam bekas, letakkan satu lapisan cream cheese
Kemudian celupkan biskut marie dalam susu ( 1 saat sahaja ) dan susun dalam bekas 
Lapiskan semula dengan cream cheese
Letakkan filing yang disukai dan teruskan melapis berselang seli hingga habis
Simpan dalam peti ais hingga sejuk dan mengeras
Hias mengikut kreativiti dan sedia dinikmati 

No comments: