Resipi ini dari blog Nonierahman. Lawatilah blog dia pasal banyak resipi yang menarik yang boleh dicuba. Diantaranya yang memikat hati saya adalah Homemade Tau Foo Fa nie. Amat senang dan ringkas sekali .... I like. Cuma kita perlukan air soya yang bagus dan lemak barulah Tau Foo Fa yang kita hasilkan lebih lemak dan sedap.Homemade Tau Foo Fa
Sumber : Nonierahman (terimakasih for sharing this good recipe)
BAHAN-BAHAN:
4 cawan air susu soya
1 sudu besar agar-agar
1/2 cawan air
2 sudu teh esen vanilla (saya rasa kalau kita guna air susu soya kotak kurangkan penggunaan esen vanila kepada 1 sudu teh)
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan susu soya sehingga mendidih & tutup api
2. Di periuk lain, masak agar2 dgn air sehingga agar larut. Setelah itu masukkan susu soya tadi bersama esen vanilla dan kacau sebati
3. Tuang dalam acuan untuk dibekukan
UNTUK AIR GULA:
300gm gula kabung
100gm gula pasir
250ml air
2 helai daun pandan
Masak semua sehingga larut.
SELAMAT MENCUBA !!!!!

2 comments:
yatie-tq sudi mencuba resepi nonie ya :)
Saya yg kena ucapkan terimakasih kerana sudi share resipi
Post a Comment