MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, October 27, 2009

KEK- KEK TEMPAHAN

Yatiecooking ingin mengucapkan tempahan-tempahan yang dilakukan LizaCookies yang menempah kek cokelat moist & Gopi dari Kuala Lumpur yang menempah kek kukus asam manis (gambar bawah) & kek kukus lapis blueberry (tiada dalam gambar - tak sempat nak ambil .... heheheh).

Saturday, October 24, 2009

KEK HARIJADI

Kek harijadi edible image "Upin & Ipin" ditempah oleh anak saudara, Udin di Kg. Baru, KL. Thank you Din.

Friday, October 23, 2009

FRUIT TARTS & MUFFIN STRAWBERRY

Fruit Tarts (gambar diatas) dan blueberry cheese tart (tiada gambar ... tak sempat nak ambil) ditempah oleh rakan yang diambil di Giant Shah Alam. Terimakasih atas tempahan.
Muffin strawberry ini pula RM0.80/pc di pack dalam plastik berbunga ditempah oleh anak saudara ku.


Wednesday, October 21, 2009

KEK BEN-10

Apa cartoon character yang begitu famous sekali sekarang kalau bukan BEN-10 !!!!


Kek ditempah oleh jiran untuk sambutan harijadi anaknya yang ke-5 tahun.
Kek strawberi, berat 2kg, bersalut edible image BEN-10.
BEN-10 cake, here we go!!!!!

Tuesday, October 20, 2009

KEK HANTARAN PERTUNANGAN

Kek pertunangan yang ditempah oleh Liza dari Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri Rawang untuk pertunangan anak saudaranya. Memilih tema hijau.

Friday, October 16, 2009

Thursday, October 15, 2009

CHILLED CHEESE KEK

Apa plak kali ini ya .... collection of chilled cheese kek.
Bagi yang meminta resipi, bersabarlah ya. Yatie akan cuba uploadkannya. Kadang-kadang yatie terpaksa mendapatkan 'permission' juga dari penyumbang resipi. Kalau dari majalah, internet ke senang sedikit ... tapi kalu dari orang persendirian, kena minta izin gak.
Kali ini terimakasih kepada pelanggan-pelanggan LizCookies & Liza yang menempah chilled cheese kek ini.
Rasa-rasa nak cuba, boleh le mencuba resipi ini. memang senang. Yatie sertakan original resipi, tapi bila Yatie masak dah derhaka skit ... pengubahsuaian le. Resipi diambil dari My Resipi : Chilled Oreo Cheese Kek. Resipi disumbangkan oleh Fizsha. Terimakasih atas resipi ini, tak rugi mencubanya.


RESIPI CHILLED OREO CHEESE KEK

Bahan-bahan untuk base :
120g oreo cookies- krim dibuang
100g unsalted butter-cairkan

Bahan-bahan untuk filling :

250gphiledhepia cream cheese
200g whip cream
70g gula
1 1/2tbsp serbuk gelatin-dissolved in 30ml water
40ml lemon juice
5-10 keping oreo-patah2 kan

Hiasan:
200g whip cream
30g gula
oreo cookies

Cara-cara :
1 - untuk base, hancurkan oreo cookies dan campurkan dgn melted butter. Tekan smp betul-betul rata dan sekata, sejukkan sampai 1/2 jam

2 - Dalam bekas lain, larutkan gelatin dgn air dan lemon juice. Double boiled larutan tu sampai gelatin larut sepenuhnye,biarkan seketika.

3 - Dalam mixer bowl, pukul cream cheese + sugar sampai berkrim, masukkan whip cream dan pukul lebh kurang dalam 5 min.

4 - campurkan larutan gelatin dan kacau sebati.

5 - last skali, masukkan oreo yg dipatah2kan

6 - Sejukkan selama 4 jam atau sehingga kek tu sudah keras.

*** utk hiasan, pukul whip cream + gula sehingga menjadi icing dan hias dgn oreo cookies

Yatiecooking version :
- yatie menggantikan oreo kepada buah peach.
- yatie tidk menggunakan topping whipping cream, instead yatie letak buah-buah peach yang dipotong sebagai hiasan.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!

Tuesday, October 13, 2009

KUIH LAPIS PELANGI

Hmmm ... masih berkisar tentang kuih muih lagi ... tapi ini bukan untuk tempahan ya .... hanya untuk resipi yang berjaya Yatiecooking mencuba dan untuk dikongsi bersama.

Tapi jangan tersalah faham pulak ... Yatiecooking masih mengambil tempahan kek & cupcake.

Ini resipi Kuih Lapis Pelangi yang Yatie cuba. Suka tengok sebab cantik dan rasanya "not bad". Tahap kemanisan pun orang putih kata "just nice". Sumber resipi dari Majalah Rasa Oktober 2008. Baru nak try u ...hahahah ... nasib baik jadi ... Terimakasih kepada penyumbang resipi.

RESIPI KUIH LAPIS PELANGI
SUMBER : MAJALAH RASA

Bahan-bahan :

240gm tepung beras
120gm tepung gandum
240gm gula
200ml santan
1 liter air
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak masak
Pewarna yang disukai

Cara membuatnya:

1. Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak, garam dan sedikit air ke dalam pengisar.
2. Kisar semua bahan sehingga tidak berketul & adunan rata
3. Keluarkan adunan ke dlm mangkuk & tambahkan air serta dikacau sebati. (Sebab pengisar Yatie kecil, jadi yatie kisar 2 kali & Yatie gunakan semua 1 liter air tu)
4. Bahagikan adunan kepada 5 atau 6 atau 7 bahagian yang disukai. Ini kira atas kita lah berapa bahagian warna yang kita nak letak.
5. Warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan dan kukuslah selapis demi selapis sehingga adunan habis.
6. Apabila masak, sejukkan barulah boleh dipotong.

SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA !!!!

Monday, October 12, 2009

PAU TRADISIONAL

Jangan terkejut ...... kali ini bukan posting kek ya.... Yatieooking cuma mencuba pembuatan Pau Tradisional.... Asli ...

Tiada menggunakan tepung pau mahupun tepung pau ready made. Cuma tepung gandum dan yis you. Nak try, boleh. Yatie ada sertakan resipi. Cuma tak puas hati sebab Yatie tak cukup uli, jadi penghasilan paunya tidak selicin yg diharapkan.

selamat mencuba.

RESIPI PAU TRADISIONAL (Sumber ... maaf dah lupa)

1 kg tepung
11gm yis (1 pek)
200gm gula
100gm minyak jagung/minyak masak
460gm air

CARA:

1. Gaul tepng & yis sehingga sebati
2. Dibekas lain larutkan gula & air (agak2 asal boleh larutkan gula)
3. Tuang larutan gula ke dalam tepung dan gaul
4. Separuh jalan masukkan minyak & lebihan air sehingga menjadi doh yang kenyal
5. Rehatkan doh 10 - 15 min
6. Bulatkan adunan & rehatkan lagi 10 min
7. Masukkan inti (saya guna kacang merah), rehatkan 30 minit sebelum dikukus
8. Kukus sehingga masak (lebih kurang 10 min).

Sunday, October 11, 2009

KEK COKELAT & KEK PELANGI

Tempahan kek cokelat dari Zulfadzli, Al-Kasih (namanya sungguh unik) dan Haliza.
Terimakasih yang tidak terhingga.
Tempahan kek pelangi yang tak putus-putus dari pelanggan tetap - Zaiton (Kota Damansara), Kak Wan dan Kak Kam dari Brunei Embassy, Jalan Tun Razak.


Friday, October 9, 2009

MINI CUPCAKE

Mini cupcake berperisa vanilla ditempah oleh Zaiton dari Kota Damansara. Terimakasih Zaiton kerana tak jemu-jemu dengan Yatiecooking.

Thursday, October 8, 2009

MINI CUPCAKE

Ulangan tempahan untuk mini cupcake. Cupcake berperisa cokelat.
Terimakasih Ita.

KEK COKELAT MOIST

Kek Cokelat Moist ditempah oleh Hana yang datang mengambil sendiri di rumah. Kek untuk harijadi anaknya yang ke-6 tahun. Terimakasih atas tempahan.

Wednesday, October 7, 2009

MINI MUFFIN, FRUIT TARTS, BROWNIES, MINI CUPCAKE

Tempahan dari Mieza dan kawan-kawan dari Wangsa Maju. Ianya terdiri daripada mini cupcake - cokelat, mini muffin - perisa strawberry & lime chop chip, brownies & fruit tarts. Tak lupa juga biskut blueberry tart. Terimakasih Mieza dan kawan-kawan.














Tuesday, October 6, 2009

MUFFIN - DOORGIFT PERKAHWINAN

Hmmm ... muffin. Pening memikirkan buah tangan/doorgift untuk majlis perkahwinan. Yatiecooking memperkenalkan muffin bersaiz S untuk dijadikan doorgift dibungkus dalam plastik berbunga.
Muffin berbagai perisa - pisang, vanilla, blueberry, pisang cokelat rice, vanilla cokelat rice dan bermacam lagi.
Harga cuma RM0.50/bag/pc, harga termasuk harga plastik, muffin & membungkus.



Monday, October 5, 2009

KEK HANTARAN/WALNUT CHEESE KEK

Kek hantaran pertunangan ditempah oleh Rosmalina. Pick-up point di Jejantas Sg Buloh.
Rosmalina juga menempah Walnut Cheese kek, Puding marble & Baked Makaroni Cheese, untuk makan-makan katanya.




Sunday, October 4, 2009

MINI CUPCAKE COKELAT



Cupcake cokelat bersaiz mini yang ditempah oleh Ita (Giant Batu caves), Mieza (Wangsa Maju) dan untuk harijadi anak perempuan saya.








Saturday, October 3, 2009

DOORGIFT

Kek African Marble dipotong 4 segi sama dibungkus dan di masukkan ke dalam kotak butterfly box untuk dijadikan buah tangan dimajlis cukur jambul. Terimakasih Kak Noi atas tempahan.