MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, October 29, 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

20hb Oktober, Yatie dan rakan-rakan yang beragama Islam di syarikat kami sibuk mengadakan majlis sambutan Hari Raya ... ala-ala Rumah Terbuka. Kami mengumpulkan dana untuk menjayakan majlis tersebut serta sistem 'pot luck' untuk juadah-juadah hari raya.
Nasi Jagung serta set lauknya yang ditempah dari katering dari duit dana yang terkumpul. Terimakasih atas semua sumbangan.

Juadah Kuzi Ayam yang dimakan dengan roti ini memang menu MESTI setiap tahun. Terimakasih Kak Ita atas juadah mu yang memang lazat.







Yang ini pulak Beef & Chicken Baked Makaroni Cheese. Yatie punya juadah le nie, di bahagian western set.


Ini pula Black Pepper Spaghetti....phhhhh ... sedap sungguh. Sumbangan dari Kak Zah.

Laksa Johor.... susah payah suruh isteri Norman dari BHBSS membuatnya. Letih juga le memujuk isterinya membuat Laksa Johor yang memang digila-gilakan.

Ini pula bahagian kuih-muih. Terimakasih kepada penyumbang-penyumbang makanan. Macam-macam ada, kek Hati Pari, Kek Lapis Sarawak yang memang diterbangkan dari Kucing - Sarawak, kueh kole kacang, kek pisang, kek buah, kuih karipap, kuih bahulu, kuih talam cendul, puding peach (sumbangan Grace - teruja tengok kemeriahan Hari Raya) & puding aiskrim. banyak lagi le kuih-muih yanga ada yang mana Yatie tak sempat nak ambil gambar atau nyatakan disini, jangan marah atau berkecil hati ye.

Ini pula bahagian kuih hari raya. Seperti biasalah Yatie punya blueberry tart mesti ada - yg dalam balang tu .... heheheheheh

Bahagian buah & air tidak juga ketinggalan.

Posing beramai-ramai.












Ini kira acara terakhir majlis ... apa lagi acara bungkus membungkus le.






Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan Majlis Hari Raya/Rumah Terbuka ini.

1 comment:

Ayn Ismail said...

Assalamualaikum! Akak tumpang lalu. Tiba2 tenampak blog ni. Bagus blog nya dan rajin orangnya. dan tumpamg tanya boleh? Dalam gambar tu yang mana satu Yati?