MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, June 9, 2011

CREAM PUFF JAGUNG

Cream Puff Jagung yang dicuba ... mmm ... lazat. Resipi dikongsi dari Zaliana Myresipi. Terimakasih kerana sudi berkongsi resipi buat tatapan semua. Kepada sesiapa yang nak cuba oklah boleh cuba ... senang juga nak buatnya.

CREAM PUFF JAGUNG

dipetik dari Zaliana @ Myresipi


BAHAN-BAHAN:

125gm tepung naik sendiri

100gm butter

250ml air

1/2 (setengah) sudu teh gula

3 biji telur


CARA MEMBUATNYA :


1. Panaskan air, gula & butter sampai mendidih.

2. Masukkan tepung dan kacau hingga adunan tidak melekat. Disini pada mulanya saya akan keciilkan api dan kemudian saya padamkan sambil terus kacau sehingga semua tepung sebati. Sejukkan seketika.

3. Dalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang. Setelah kembang, masukkan adunan tepung tadi dan kacau sebati.

4. Boleh le di paipkan.

5. Sebelum membakar, spray sedikit air (tujuan utk bagi puff tu menaik/kembang).

6. Bakar pada suhu 200C pada 15 minit yg pertama dan seterusnya suhu ditukar kepada 180C untuk 25 minit. Kalau kita buat puff dalam saiz yang lebih kecil, kena pandai-pandai mengubah suaikan suhu ye .... jangan ikut seratus peratus di sini. Ada yang hangus pulak nanti.

Tapi ada juga resipi yang mengatakan bakar selama 30 minit dengan suhu 180C. Kedua-dua cara dah cuba tapi oven saya bersesuaian dengan cara yang pertama.


Juga tips untuk bagi puff rangup, setelah tamat tempoh memasak, biarkan dulu didalam oven seketika sebelum diangkat. Katanya dapat mengekalkan kerangupan (yang ini I belum try lagi).


Untuk intinya pulak, nak letak kastad biasa itu aje pun boleh. Tapi di sini Yatie try kastad berjagung. Sedap gak ... ada krup... krup gitu.


BAHAN UNTUK INTI:


1/2 cawan susu cair

1 cawan air

1 cawan jagung dalam tin (kalu tak suka jagung tak yah bubuh)

1/2 cawan tepung kastad

5 sudu besar gula (kalau pemanis orangnya, boleh le ditambah)


CARA UNTUK MEMBUAT INTI:


1. Tepung kastad & air dikacau terlebih dahulu.

2. Masukkan tepung kastad, susu cair & gula kedalam periuk

3. Masak sehingga naik wap atau mengikut kepekatang yang bersesuaian dengan tekak kita.


SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!!!!!

No comments: