MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, June 15, 2011

KEK ALUNAN KASIH

Teruja bila pertama kali tengok kek nie ... alamak hai!!!!! cantiknya.... tengok pula resipi ... heheheh ... biasa le takut buat tak menjadi. tapi akhirnya, alhamdulillah ... this is the outcome.


Resipi ini dapatkan ummizaihadi's blog. Memang salute habis kat akak nie ... penuh resipi. Hari2 lak posting .... tabik sikit kat akak.




Bagi yang ingin mencuba, boleh pi kat blog akak nie ... kalu nak search, search under home sweet home musti akan ada tertera homeswwet home ummi zaihadi blog.




Anyway, post gak le resipi kat sini untuk kemudahan follower yatiecooking.




BAHAN-BAHAN:


5 biji telur


250gm butter


2 1/2 (setengah) cawan tepung


3 sudu kecil baking powder


2 cawan gula halus


1/2 cawan susu cair


1 sudu kecil esen vanilla


serbuk kok secukupnya untuk melapis




CARA MEMBUATNYA:


1. Butter & gula dipukul hingga kembang


2. Kemudian dimasukkan telur satu persatu dan dipukul sebati


3. Masukkan esen vanilla, susu cair berselang seli dangan tepung






CARA NAK MELAPIS KEK ALUNAN KASIH:




1. Bahagikan adunan kepada 3


2. Setiap satu diwarnakan mengikut warna yang kita suka. Disini saya suka menggunakan warna pink, orange & biru.


3. Lapisan bawah adalah lapisan berwarna biru. Letakkan ya satu adunan biru tu dalam bekas sehingga habis dan ratakan permukaannya


4. Kemudian lapiskan dengan serbuk koko. Disini serbuk koko tu ditapis dan diratakan keseluruh permukaan berwarna biru tu.


5. Lapisan kedua adalah yang berwarna oren. Berhati-hati bila letak lapisan kedua nie sebab dalam proses meratakan adunan oren nie, kalau dia tak cukup tebal adunannya akan mengikut sekali dengan spatula kita ... jadi kurang menjadi skit le alunan seperti dlm gambar tu ...


6. Lapis lagi sekali dengan serbuk koko


7. Akhir sekali lapisan berwarna pink


8. Bakar ... kalau ikut oven saya Europa, saya pakai api atas bawah 160 selama 30 minit dan kemudian 15 -20 minit menggunakan api bawah shj. Actually cara nak membakar nie banyak bergangtung kepada oven masing2 ya. Jadi kena pandai-pandai adjust ya.




SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!!!!

No comments: