Pada 14 Disember yang lalu telah diadakan Perasmian Balai Polis di Bandar Tasik Puteri. Banyak acara-acara menarik diadakan dan semuanya berkisar tentang polis, tentang apa yang mereka buat, pasukan-pasukan polis ada dan bermacam-macam lagi.
Yang menariknya disini, sempena acara perasmian, buat pertama kalinya Persatuan Seni Silat Gayong yang baru berusia 2 bulan lebih bertapak di Blok 27B, Green Valley Park telah dijemput untuk membuat 10 minit persembahan. Teruja sungguh anak-anak, ada sampai yang tak tidur malam le sebelum hari persembahan.
Semangat anak-anak membara. Tekun betul mereka menyiapkan diri sebelum persembahan bermula.
No comments:
Post a Comment