MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, January 4, 2011

KEK LAPIS HAWFLAKES

Kek lapis hawflakes (asam manis) ditempah oleh Puna Ida dari Green Valley Park, Bdr Tasik Puetri, Rawang. Hari itu ada permintaan resipi tapi tak ingat pulak dah upload ke belum.

Ini resipinya ya diambil dari Buku Kek Lapis Sarawak terbitan One Publisher.

BAHAN-BAHAN:
300gm mentega
100gm gula halus
6 biji telur
180gm susu pekat
120gm tepung biasa
1 sudu teh serbuk penaik
300gm hawflakes (agak-agak ye)

CARA MEMBUAT:
1 - Pukul mentega & gula sehingga berkrim, campurkan telur satu demi satu. Pukul selepas setiap tambahan.
2 - Masukkan susu pekat & digaul rata
3 - Ayak tepung & serbuk penaik, gaul sehingga adunan berkrim
4 - Masukkan adunan ke dalam bekas selapis demi selapis di selang seli dgn asam manis. Selalunya selapis adunan memerlukan 5 atau 6 sudu besar bergantung kepada besar acuan digunakan . Lapis satu adunan diletak asam manis dan dikukus sehingga masak dan di sambung dengan lapisan yang seterusnya sehingga adunan habis.
SELAMAT MENCUBA !!!

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Yatie...
Sedap Nampaknya Kek Lapis Ni...

Delicious Food said...

Sedap ... memang rasanya masam2 manis ... cubalah