MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, May 13, 2008

MOTHER'S DAY CELEBRATION PART 2

Sebelah malamnya pula, sambutan hari ibu diraikan dengan penuh meriah bersama jiran-jiran, anak-anak dan suami-suami yang telah pun pulang mencandat sotong bersama hasil tangkapan. Susah payah kaum bapa pergi mencandat sotong untuk meraikan hari IBU... ye ke nie ... heheheh .. anyway, semua orang bergembira hari itu dan yang penting sekali, perut kenyang beb.


Hasil tangkapan yang dibawa pulang... apa lagi sotong le. Selain sotong, sempat juga kaum bapa membeli keropok lekor buat minum petang sambil bergotong royong membersihkan sotong untuk digoreng. Sedap sungguh keropok lekor nie ....


Sotong yang telah siap digoreng menjadi menu utama malam hari IBU bersama dengan hidangan nasi lemak. Tidak ketinggalan KEK HARI IBU. Kelainannya kali ini, kek mentega di buat oleh Liza Puji. Yatie cuma menokok nambah dari segi hiasan ising kek itu aje.




HAPPY MOTHER'S DAY to all mom & we have a fun & enjoyable day.

No comments: