MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, January 28, 2010

KEK HARIJADI BELLA

Banyak kisahnya tentang tempahan ini ... memang pecah perut gelak mengenangkan alkisah kek ini.

Kek chocolate moist ini ditempah oleh sahabat Linda. Yatie telah menyuruh anak no. 2 pergi bertanyakan kepada Linda apa nama yang hendak ditulis atas kek tersebut. Linda memberitahu namanya NABILA siap dieja lagi. Tapi anak Yatie beritahu Yatie namanya Bella. Macam mana tu ... Yatie pun buat Bella le ... keesokan harinya setelah Linda mengambil kek di rumah, beliau terus menalipon Yatie memberitahu nama diatas kek telah salah.

Makk Aiii ... nak buat macam mana, masa tu Yatie kerja. Nak suruh anak baiki pun dia tak ada di rumah sebab mengikut suami menghantar nenek ke hospital. Akhirnya sahabat Linda berbesar hati menerima kek tersebut. Terhutang budi Yatie dengan beliau ...

Bila Yatie pulang ke rumah dan menanyakan hal tentang nama ... katanya betul Linda ada beritahu namanya NABILA ... hahahahaha .... saya confuse.

Anyway, thank you to sahabat Linda atas tempahan.

No comments: