Lama rasanya tak update blog Yatiecooking. Kemana menghilang ye ... heheheh ... sibuk dengan mega projek muffin - 4400 biji.
Muffin dengan 4 jenis perisa di tempah Noorbaizura dari DBKL untuk dijadikan sebagai 'door gift' kepada para tetamu yang datang. Muffin ini pula di kotakkan ke dalam 'butterfly box'.
Supaya muffin kelihatan ayu aje ... hehehe ... dan untuk menjimatkan ruang, Yatie cuma gunakan bekas kecil-kecil untuk memuatkan papercup muffin yang comel-comel ini.
Ini ada beberapa gambar yang sempat Yatie ambil untuk dikongsi bersama contohnya Pandan Muffin sebelum & selepas dibakar.
Orange Chocolate Chip sebelum & selepas dibakar.
Strawberry Muffin
Blueberry Muffin & Cokelat Muffin
Setiap kotak mengandungi 4 jenis perasa muffin - strawberry/blueberry/pandan/cokelat/orange cokelat rice muffin.
Thanks Noorbaizura untuk tempahan. Selamat Pengantin Baru semuga kekal ke ahir hayat.
No comments:
Post a Comment