MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, April 29, 2009

JALAN-JALAN KE MEDAN - HARI KEDUA

Kami bermalam satu malam di Lake Toba. Pada mulanya hiruk-pikuk sebab masing-masing tak ada air-cond di bilik. Al-maklum, sudah manja semuanya. Kami diberitahu yang air-cond tidak diperlukan kerana cuacanya yang sejuk di Lake Toba. Hm... semua merungut ... macam tak percaya pun ada.

Tapi bila dah bangun besok pagi ... haaa .... baru tahu sejuk brother.

Sungguh indah pemandangan pagi di Lake Toba dengan cuacanya yang dingin sekali.

Feri yang akan kami naiki untuk ke Pulau Samusir (tak pasti ejaannya betul atau tidak).

Sudah siap bersiap sedia untuk bersarapan pagi.

Sambil tu .. check-out sekali kerana kami akan memulakan perjalana balik semula ke bandar Medan. Dalam perjalanan kami akan singgah ke Pusat Air Terjun.

Bergambar bersama semua di depan hotel Cottage Parapat, Lake Toba.
Gambar diambil direstoran Cotttage.

Habis bersarapan, kami terus menaiki feri untuk ke Pulau Samusir. Katanya shopping ... kita tunggu & lihat kehebatannya.

Tugu di Pulau Sumasir

Sibuk masing-masing mengambil gambar-gambar untuk kenangan.
Sampai aje di Pulau ini, kami dibawa ke tempat bersejarah. Ini kira cerita tentang sejarah raja-raja mereka dulu le. Menarik juga tapi tak ramai yang minat nak tahu pasal sejarah ini, Group nie dah tak sabar-sabar nak shopping ... heheheheh.. HORAS!


Dah habis tempat bersejarah kami lawati, kami pun berjalan-jalan sekeliling barang untuk memilih barang-barang apa yang boleh dibawa pulang. Hampir setengah hari kami habiskan masa di Pulau ini sebelum menaiki feri semula dan meneruskan perjalanan dengan bas ke Berastagi.
Sungguh indah melihat pemandangn Lake Toba dari atas bukit.

Dalam perjalanan ke Berastagi kami singgah di kawasan air terjun. Namanya pun dah tak ingat. Sungguh menakjubkan keindahan alam dan kuasa tuhan melihat bagaimana terjadinya air terjun ini ditengah-tengah & dicelah-celah batu batan atau mungkin rekahan.
Tak boleh nak bayangkan betapa besarnya kawah gunung berapi ini hingga terhasilnya Lake Toba.

Lewat petang, kami sampai di Berastagi. Aduh!!!! Cuacanya sungguh digin sekali ya. Selain shopping, antara acara-acara yang rombongan ini buat adalah seperti menaiki kuda.

Sampai di hotel Medan sudah hampir pukul 8 malam. Semuanya sudah keletihan. Ada yang makan saja dihotel & ada juga yang keluar mencari BAKSO. Masih ada hari ketiga esoknya di Medan.

No comments: